Pengenalan

Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah  merupakan peneraju dalam  pelaksanaan Kursus Kokurikulum Berkredit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan usaha ke arah melahirkan Graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang Holistik serta memiliki Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi. Oleh itu,Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah juga bertanggungjawab dalam menerap tujuh kemahiran Insaniah dalam diri setiap pelajar yang mengambil Kursus Kokurikulum Berkredit Universiti Sains Islam Malaysia. Selain itu,Pusat Pembangunan Kemahiran Insniah juga merupakan medium perantara alternatif di antara Universiti dan pelajar dalam memangkin usaha meningkatkan tahap Kemahiran Insaniah(KI) seterusnya melahirkan graduan holistik & berdaya saing di pasaran pekerjaan.


Penawaran kursus-kursus ko-kurikulum bagi program-program Sarjana Muda dengan Kepujian adalah sebagai sebahagian daripada usaha membentuk siswa dan siswi yang seimbang mental, fizikal, emosi dan intelek. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh unit ini terdiri dari lapan (8) teras iaitu:

  1. Teras Sukan
  2. Teras Kebudayaan
  3. Teras Kesukarelawanan
  4. Teras Pengucapan Awam
  5. Teras Kepimpinan
  6. Teras Daya Usaha & Inovasi
  7. Teras Khidmat Komuniti
  8. Teras Keusahawanan

Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah bertindak menguruskan perlaksanaan penawaran dan perlaksanaan kursus-kursus ini.


"MENJANA TRANSFORMASI GRADUAN HOLISTIK"

Hubungi Kami

Pejabat : 06-798 8174/8379     Faks : 06-798 8297
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 
Facebook: https://www.facebook.com/pusatpembangunan.kemahiraninsaniah
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71600 Nilai, Negeri Sembilan