DASAR KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT DAN TAHAP PENGUKURAN KEMAHIRAN INSANIAH USIM (KKB)

 
KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
 
Kursus Kokurikulum di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah kursus Wajib Universiti (WU) dan berkredit.
 
Para pelajar WAJIB mengambil dan mengikuti salah satu Kursus Kokurikulum Berkredit yang ditawarkan dan pelajar digalakkan mengambil dan mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit ini pada tahun satu (1) pengajian sama ada pada semester I atau semester II.
 
Nilai gred yang diperolehi bagi kursus tersebut tidak diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Kumulatif (PNGK). Namun begitu LULUS ADALAH DISYARATKAN bagi tujuan pengijazahan dan gred yang diperolehi dinyatakan di dalam transkrip rasmi.
 
Berikut adalah maklumat jam kredit dan tempoh pengajian bagi Kursus di bawah Teras Sukan dan Teras Kebudayaan :-
 
 
Jam Kredit
Semester Pengajian
Kursus Di Bawah Teras Sukan
dua (2) jam kredit
satu (1) semester pengajian
Kursus Di Bawah Teras Kebudayaan
dua (2) jam kredit
satu (1) semester pengajian
 
Bagi Kursus di bawah Teras Kesukarelawanan terdapat perbezaan jam kredit dan tempoh mengikuti pengajian.
 
 
Jam Kredit
Semester Pengajian
SUKSIS
enam (6) jam kredit
enam (6) semester pengajian
SISPA
empat (4) jam kredit
empat (4) semester pengajian
PALAPES
enam (6) jam kredit
enam (6) semester pengajian
BSM tiga (3) jam kredit tiga (3) semester pengajian
BSKN
tiga (3) jam kredit
tiga (3) semester pengajian
SBB
tiga (3) jam kredit
tiga (3) semester pengajian
 
Ini adalah kerana Silibus yang bakal diikuti akan membolehkankan pelajar yang mengikuti secara penuh Kursus di bawah Teras Kesukarelawanan di tauliahkan/ diiktiraf dan boleh memberikan sumbangan sebagai anggota rasmi Pasukan Beruniform berkaitan.
 
NOTA :    
SUKSIS                   - Sukarelawan Polis Siswa Siswi (PDRM)
SISPA                      - Siswa Siswi Pertahanan Awam (JPAM)
PALAPES                - Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (ATM)
BSM                        - Bulan Sabit Merah (BSM Malaysia)
BSKN                      - Briged Sukarelawan Khidmat Negara (JLKN)
SBB                         - Siswa Bomba Bantuan (BOMBA)
 
 
 
 
 
 
 
 
TAHAP PENGUKURAN KEMAHIRAN INSANIAH (KI)
 
 
Instrument (sistem) pengukuran tahap Kemahiran Insaniah (KI) ini dibangunkan bagi membolehkan pelajar mengetahui tahap Kemahiran Insaniah (KI) semasa.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hubungi Kami

Pejabat : 06-798 8174/8379     Faks : 06-798 8297
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 
Facebook: https://www.facebook.com/pusatpembangunan.kemahiraninsaniah
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71600 Nilai, Negeri Sembilan