PROJEK AKHIR 2017-TERAS SUKAN DAN KEPIMPINAN

PROGRAM "KHIDMAT MASYARAKAT"

KURSUS

BOLA TAMPAR (CSC1032), SEMESTER II SESI 2016/2017

Nilai, 13 Mei 2017, satu program khidmat masyarakat gotong-royong membersihkan tanah perkuburan islam khariah masjid pekan nilai. Ia bertujuan untuk memupuk semangat bekerja sama disamping itu mengeratkan silatulrahim pelajar bersama masyarakat.

Prorgam ini turut melibatkan ketua kampong dan penduduk sekitar, bukan itu sahaja malah pelajar juga disambut oleh pelawat yag menziarahi kubur-kubur di situ.gotong- royong bermula jam 9.00 dan berkahir pada sekitar jam 1.00 petang.

Pengarah pogram En Amirul Asyraf berharap program ini dapat memberi menfaat kepada pelajar dan masyarakat setempat.

 

PROGRAM "BENGKEL JOM MEMANAH"

KURSUS

MEMANAH (CSD1032) KAMPUS PANDAN, SEMESTER II SESI 2016/2017

 

Sepang, 23 April 2017, satu program Bengkel Jom Memanah bertempat di Sek Agama Rakyat Al-Qalam telah diadakan. Ia bertujuan untuk memperkenalkan sukan Sunnah di Kalangan pelajar.

Bengkel ini melibatkan seramai 40 orang pelajar dan 10 orang guru. Bengkel ini juga mengajar pelajar teori-teori asas berkenaan sukan memanah. Pelajar juga diajar untuk membina busur pelajar sendiri dengan menggunakan alat-alat yang dikitar semula.

Program ini jidalankan dengan jayanya dan mendapat maklum balas yang baik dari pihak sekolah dan pihak sekolah berharap supaya program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

PROGRAM "KAYUHAN AMAL FUNDA RIDE 2017"

KURSUS

SUKAN BERBASIKAL (CSD1042), SEMESTER II SESI 2016/2017

Nilai, Negeri Sembilan – pelajar kursus Sukan Berbasikal dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah  telah menganjurkan satu program kayuhan amal Funda Ride 2017 dengan jayanya yang berlangsung di pusat sukan Tunku Najihah, USIM.

Program ini diadakan bagi mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal.seramai 140 orang peserta dan lebih 30 orang fasilitator yang menyertai acara kayuhan ini, namun terdapat beberapa masalah teknikal ketika acara ini dijalankan tetapi pada akhirnya semuanya selamat dan berjalan dengan lancarnya.

 

PROGRAM "HARI TERBUKA MEMANAH"

KURSUS

MEMANAH (CSD1032), SEMESTER II SESI 2016/2017

Seremban, Negeri Sembilan- satu program Hari Terbuka Memanah bertempat di Sek Men Keb Dato’ Mohd Said seremban telah diadakan. Ia bertujuan untuk memperkenalkan dan memartabatkan sukan Sunnah di Kalangan pelajar.

Hari Terbuka Memanah ini terdiri daripada 52 orang pelajar dan 10 orang guru. Pada hari terbuka ini juga mengajar pelajar teori-teori asas berkenaan sukan memanah sambal mengasah bakat dan kemahiran dalam sukan memanah. Pelajar juga diajar untuk membina busur pelajar sendiri dengan menggunakan alat-alat yang dikitar semula.

Program ini jidalankan dengan jayanya dan mendapat maklum balas yang baik dari pihak sekolah dan pihak sekolah berharap supaya program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

Hubungi Kami

Pejabat : 06-798 8174/8379     Faks : 06-798 8297
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 
Facebook: https://www.facebook.com/pusatpembangunan.kemahiraninsaniah
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71600 Nilai, Negeri Sembilan