Teras Kebudayaan

 

  SENARAI SUBJEK TERAS KEBUDAYAAN

KOD KURSUS

KURSUS

BIDANG

CCA 1012

SENI KHAT ARAB

A-SENI TAMPAK

CCA 1022

SENI LUKIS

CCB 1012

NASYID

B-NYANYIAN

CCB1022

KOIR

CCB 1032

SENI SUARA ISLAM

CCC1012

KOMPANG

C-ALATMUZIK

CCD1012

SENI TARI RAKYAT

D-TARIAN

CCE1012

TEATER

E-LAKONAN

 

CCE1012 Teater

Kursus peringkat ini membicarakan asal-usul drama dan teater serta hubungannya dengan kehidupan manusia dan sejarah awal. Selanjutnya, kursus ini akan menumpukan terhadap pengetahuan asas berhubung seni pentas dan seni lakon khususnya tentang dekorasi pentas, pencahayaan dan bunyi.

Kursus peringkat ini seterusnya membicarakan teknik dan gaya penulisan skrip, selain mengkaji teknik penulisan tokoh-tokoh teater terkenal seperti A. Samad Said. Pada peringkat yang lebih tinggi, kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada aspek pengarahan serta peranan dan tugas seorang pengarah. Pelajar akan diberi peluang untuk memimpin sebuah produksi dan menjayakannya.


CCB1022 Koir

Kursus ini mewajibkan pelajar melibatkan diri dengan aspek kemahiran nyanyian 2,3 dan 4 suara :soprano, alto, tenor dan bes daripada lagu-lagu pelbagai stail dan Tekstur iaitu monofonok, homofonik dan polifonik.

Kursus ini juga akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknik-teknik dalam nyanyian berkumpulan, masalah-masalah nyanyian dan cara mengatasinya. Kursus ini memberi tumpuan kepada posture, pernafasan, sebutan, registration dan penghasilan ton. Teknik asas conducting turut didedahkan sebagai asas menjadi seorang pemimpin koir.

CCC1012 Kompang

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas permainan kompang  yang merangkumi pukulan dan lagu secara berkumpulan.Dalam konteks persembahan, kebiasaannya kumpulan kompang terdiri daripada tiga kumpulan mengikut peranan masing-masing. Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa orang pemain yang akan bertindak sebagai “Pelalu” untuk memainkan pola paluan yang khusus serta spesifik secara seragam iaitu sebagai pukulan dasar. Kumpulan kedua pula bertindak sebagai “Peningkah” yang lazimnya terdiri daripada seorang sahaja ketua dalam permainan tersebut. Kumpulan ketiga akan bertindak sebagai “Pelanak” yang memainkan rentak hias sebagai unsur pelengkap kepada keseluruhan pola paluan yang terjalin di dalamnya. Kursus ini juga mengaplikasikan teori dan amali yang dipelajari dalam pengurusan aktiviti dan khidmat sosial setempat.

Hubungi Kami

Pejabat : 06-798 8174/8379     Faks : 06-798 8297
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 
Facebook: https://www.facebook.com/pusatpembangunan.kemahiraninsaniah
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71600 Nilai, Negeri Sembilan