PROGRAM KEMBARA ADHA BUMI KEMBOJA

Sebanyak 20 ekor lembu di sumbangkan oleh Sukarelawan Badan Beruniform Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah bersama Sukarelawan Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia melalui program Kembara Adha Ke Bumi Kemboja  bagi menjalankan ibadah korban untuk masyarakat Islam di Khia Kham Chke dan Rong Ma Sin.  

PROJEK AKHIR 2017 -TERAS KEBUDAYAAN, PENGUCAPAN AWAM, KHIDMAT KOMUNITI

Laporan kursus Kompang

Pada 22 April 2017, Seramai 30 orang pelajar Kursus Kompang (CCC 1012) Semester II 2017, Universiti Sains Islam Malaysia telah menjalankan program Smart Aulad di Masjid Kariah Kampung Tengah Labu. Program yang dijalankan ini merupakan projek akhir yang wajib dijalankan oleh setiap Kursus Kokurikulum di Universiti Sains Islam Malaysia bagi melengkapkan modul Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memupuk minat, pengetahuan dan kemahiran bersosial pelajar USIM dengan masyarakat setempat dan sekaligus membentuk keperibadian pelajar USIM dalam menyumbang bakti kepada masyarakat.

 

Laporan Kursus Debat Bahasa Melayu

NILAI- Seramai  19 orang murid bersama 14 orang tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bongek, Rembau mengikuti program mentor mentee baru-baru ini.                                                                                                              Program selama dua hari itu anjuran bersama unit bimbingan dan kaunseling sekolah terbabit dan Persatuan Pendidik Universiti Isalam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Kebajikan Kampung Bongek dan Kursus Debat BahasaMelayu USIM.                                                                                                    Tenaga pengajar Kokurikulum Kursus Debat Bahasa Melayu USIM, En. Mohd Zaini Othman berkata, program berkenaan bagi menyuntik semangat baharu kepada murid SK Bongek mencapai kecemerlangan dalam menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), September depan.                                                                            Menerusi perkongsian ilmu daripada Usim yang melibatkan pensyarah dan mahasiswa, aktiviti diaturkan sudah tentu memberi satu nilai tambah kepada mereka untuk berusaha di peringkat awal sebelum menempuh peperiksaa sebenar”, katanya.                                                                                                                        Sepanjang program berlangsung, peserta diberi pelbagai pendedahan antaranya kemahiran pengucapan awam yang dikendalikan oleh pelajar Kursus Debat Bahasa Melayu USIM. Program mentor mentee berkenaan sangat membantu dalam membimbing murid secara tidak langsung kita dapat mengenal pasti potensi pelajar, selain turut menanam keyakinan diri mereka bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR nanti.         

 

Laporan Kursus Seni Lukis    

Nilai 3, Negeri Sembilan- pada 22 April 2017, Pelajar Kursus Seni Lukis, Universiti Sains Islam Malaysia telah mengadakan program Street Art Confession. Objektif utama program ini adalah untuk menarik minat pelancong luar untuk berkunjung ke bumi Niai dengan kesenian lukisan mural yang menjadi daya tarikan di beberapa daerah. Selain itu, program ini diharap mampu menyampaikan mesej dakwah melalui hasil seni yang dihasilkan oleh pelajar dan penduduk Nilai yang terlibat.                                                            Program ini bermula pada jam 8 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Penolong Pengarah Program, dan taklimat rasmi program yang disampaikan oleh En. Mohd Amirul Ghazali, Jurulatih Kursus Seni Lukis yang juga turut terlibat bagi menjayakn program ini. Setelah taklimat ringkas dan tunjuk ajar diberikan oleh En. Amirul, pembahagian kumpulan dilaksanakan dan para peserta diberi masa untuk brainstorming  selama setengah jam. Tema lukisan mural yang Cuma disampaikan kali ini adalah lukisan etnik. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan etnik.   

 

 

 

Laporan Kursus Teater 

Projek Akhir Kursus Teater Semester II telah diadakan dengan jayanya pada 5 Mei 2017 bertempat di Dewan Kuliah Pusat 4, Uniersiti Sians Islam Malaysia Bersama kumpulan Q-vou Buskers. Objektif program ini adalah mewujudkan dan menanam nilai kerjasama dalam kalangan pelajar terutama untuk melaksanakan sesuatu program. Program seperti ini juga dapat memantapkan nilai-nilai Kemahiran Insaniah yang diterapkan di dalam kokurikulum berkredit serta memberi peluang kepada para peserta untuk membina pengalaman dalam membuat pementasan di hadapan para penonton. Program ini telah Berjaya mencapai objektifnya iaitu nilai komitmen dan kerjasama ditonjolkan sebelum dan selepas pementasan teater. Ahli kursus teater bertangungjawab dalam mengasah potensi mahasiswa untuk sentiasa kehadapan dan berani berdepan dengan masyarakat.

 

Laporan Kursus Nasyid    

Projek Akhir Kursus Nasyid  Semester II telah diadakan dengan jayanya pada tarikh 30 April  2017, Ahad bertempat di Masjid Dato’ Kelana Petra, Nilai, Negeri Sembilan. Objektif program ini adalah untuk mengaplikasikan trend busking berkonsepkan dakwah kepada masyarakat malah dapat memberi pencerahan kepada masyarakat tentang kelebihan bulan Ramadhan .Program ini juga dapat mengasah bakat serta meningkatkan daya kreativiti dan kejayaan diri untuk berhadapan di khalayak ramai. Program “Kami Dakwah Di Jalanan” telah didakan dengan jayanya dengan kerjasama pihak PPKI , Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Masjid Dtao Kelana Petra, Nilai. Program ini juga dapat memberi manfaat kepada peserta serta pelajar USIM.

 

Laporan Kursus Pengurusan Masjid

Program Kem Celik Umrah dan Haji anjuran Kursus Pengurusan Masjid Semester II telah diadakan dengan jayanya pada tarikh 22 April 2017 Sabtu, bertempat di Sekolah Agama Rakyat Al-Qalam, masjid Kuaters KLIA, Nilai Negeri Sembilan. Program ini dilaksanakan dengan objektif memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep ibadah haji dan umrah sebagai salah satu dari rukun islam yang dituntut. Program ini juga dapat membentuk pelajar memiliki sifat al-abrar atau yang berbakti malah dapat membimbing pelajar dengan membuat latihan secara teori dan praktikal tentang haji dan umrah dan melahirkan dan mendidik kea rah membina masyarakat prihatin dan penyanyang. Hasil daripada program ini peserta program dapat memberi input yang sangat baik dan program ini berjalan lancar dan sejajar dengan objektif program.

DASAR KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT DAN TAHAP PENGUKURAN KEMAHIRAN INSANIAH USIM (KKB)

 
KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
 
Kursus Kokurikulum di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah kursus Wajib Universiti (WU) dan berkredit.
 
Para pelajar WAJIB mengambil dan mengikuti salah satu Kursus Kokurikulum Berkredit yang ditawarkan dan pelajar digalakkan mengambil dan mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit ini pada tahun satu (1) pengajian sama ada pada semester I atau semester II.
 
Nilai gred yang diperolehi bagi kursus tersebut tidak diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Kumulatif (PNGK). Namun begitu LULUS ADALAH DISYARATKAN bagi tujuan pengijazahan dan gred yang diperolehi dinyatakan di dalam transkrip rasmi.

Hubungi Kami

Pejabat : 06-798 8174/8379     Faks : 06-798 8297
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 
Facebook: https://www.facebook.com/pusatpembangunan.kemahiraninsaniah
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71600 Nilai, Negeri Sembilan