PENGENALAN KKB

Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditawarkan melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) yang merupakan kursus bertaraf WAJIB UNIVERSITI (WU) dan merupakan syarat wajib untuk BERGRADUAT.

Untuk itu, setiap pelajar USIM WAJIB mengambil dan mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) dan LULUS untuk membolehkan pelajar mencukupi syarat dan layak bergraduasi. Menerusi Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) ini adalah diharapkan para pelajar khususnya pelajar tahun 1 mendapat pendedahan, latihan dan pengetahuan awal berkaitan Kemahiran Insaniah (KI) yang perlu mereka kuasai disepanjang pengajian mereka di USIM agar dapat menjamin kebolehupayaan mereka untuk bersaing di alam pekerjaan selepas mereka bergraduat nanti.

Hubungi Kami

Pejabat : 06-798 8174/8379     Faks : 06-798 8297
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 
Facebook: https://www.facebook.com/pusatpembangunan.kemahiraninsaniah
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71600 Nilai, Negeri Sembilan