KENALI PPKI USIM
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) merupakan peneraju dalam pelaksanaan Kursus Kokurikulum Berkredit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan usaha ke arah melahirkan Graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang Holistik serta memiliki Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi. Oleh itu, PPKI juga bertanggungjawab dalam menerap tujuh KI dalam diri setiap pelajar yang mengambil Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) USIM. Selain itu, PPKI juga merupakan medium perantara alternatif di antara universiti dan pelajar dalam memangkin usaha meningkatkan tahap KI seterusnya melahirkan graduan holistik & berdaya saing di pasaran pekerjaan.
Penawaran kursus-kursus ko-kurikulum bagi program-program Sarjana Muda dengan Kepujian adalah sebagai sebahagian daripada usaha membentuk siswa dan siswi yang seimbang mental, fizikal, emosi dan intelek. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh unit ini terdiri dari lapan (8) teras iaitu Teras Sukan, Teras Kebudayaan, Teras Kesukarelawanan, Teras Pengucapan Awam, Teras Kepimpinan, Teras Daya Usaha & Inovasi, Teras Khidmat Komuniti dan Teras Keusahawanan.
