KATA ALUAN PENGARAH PPKI

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Insaniah dan Salam Malaysia Madani.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya diberi peluang untuk mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pengunjung laman sesawang Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).

Umum mengetahui, teknologi masa kini perlu diaplikasikan dengan baik bagi memberi manfaat kepada penggunanya. Oleh itu diharap para pengunjung dapat menggunakan wadah laman sesawang ini sebagai satu medium penghubung yang efektif antara PPKI dengan warga kampus mahupun masyarakat luar. PPKI berusaha untuk sentiasa memudahkan pengunjung untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang boleh diperolehi melalui hujung jari sahaja.

Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan terima kasih kepada semua warga PPKI yang telah berusaha secara komited untuk menyediakan, menyelenggara dan mengemaskini laman sesawang ini. Adalah diharapkan agar usaha-usaha ini akan mendatangkan hasil yang terbaik sebagai wadah saluran sumber rujukan yang tepat dan cepat kepada seluruh warga kampus mahupun masyarakat umum.

Akhir kata selamat melayari laman sesawang ini dan dapat memberi input penambahbaikan bagi memantapkan lagi kandungan laman sesawang ini untuk manfaat ummah sekiranya ada melalui email rasmi PPKI.

Ke sini datang membawa harapan,
Mencari ilmu penuh berkah,
Insaniah Aspirasi jadi pegangan,
Graduan Holistik, terus berjaya megah.

Insaniah Aspirasi, Graduan Holistik

Sekian, terima kasih.

Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay (D.P.T)-