VISI
Melahirkan Graduan Holistik Menerusi Kemahiran Insaniah (KI)
MISI
Bertekad meneraju usaha ke arah membangunkan Kemahiran Insaniah (KI) dana membantu universiti melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing.
OBJEKTIF
- Memberi peluang kepada siswa dan siswi untuk meneroka pengalaman dalam mengurus, mentadbir, mengelola, melaksana, menyelia dan menilai kegiatan kokurikulum yang dipilih.
- Memenuhi hasrat universiti dalam mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi siswazah yang lebih matang.
- Menggalakkan pelajar agar sentiasa memiliki sifat-sifat murni seperti berdisiplin, berdedikasi, cergas dan cerdas, berdikari, bermoral, bersyukur, bertanggungjawab bagi membentuk generasi masyarakat yang teguh dan padu dengan pendekatan kemahiran insaniah (soft skill).
- Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan masa senggang dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri, organisasi dan masyarakat.