KENALI KOR SUKSIS USIM

Kor Sukarelawan Polis Siswa / Siswi (SUKSIS) telah ditubuhkan di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai pada 2006.  Sepanjang penubuhan Kor SUKSIS ini, para pelatih telah didedahkan dengan latihan kawat, jasmani, undang-undang dan latihan luar. Oleh itu Modul program-program latihan telah pun dijadualkan kepada anggota Kor SUKSIS Universiti Sains Islam Malaysia, dimana ianya merupakan pelajaran asas bagi pegawai / anggota yang sedang menjalani Latihan Asas Kor SUKSIS di semua IPTA di Malaysia. Diharap semua pelatih, Kor Sukarelawan Polis Siswa / Siswi ( SUKSIS ) yang menyertai latihan ini dapat memperolehi kemahiran insaniah dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan baik sejajar dengan kehendak pucuk pimpinan PDRM dan Universiti Sains Islam Malaysia.

LAMAN FB KOR SUKSIS USIM

SIAPAKAH YANG LAYAK MEYERTAI KOR SUKSIS?

Untuk melayakkan seseorang pelajar menyertai KOR SUSKSIS, seseorang itu seharusnya memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Telah diterima sebagai pelajar prasiswazah sepenuh masa di USIM dengan tempoh pengajian tidak kurang dari 3 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur di antara 18 hingga 25 tahun. .
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
  • Tinggi minimum adalah 162 cm bagi lelaki dan 157 cm bagi wanita.
  • Berat badan minimum ialah 50 kg bagi lelaki dan 45 kg bagi wanita.
  • Tidak rabun warna. Seseorang yang berkaca mata juga boleh dipertimbangkan.
  • Pendengaran yang baik.
  • Perwatakan yang baik serta mempunyai minat yang mendalam dalam latihan ketenteraan.
  • Lulus Ujian Kecergasan Asas.
  • Lulus tapisan keselamatan.
  • Lulus temuduga.

DOKUMEN

Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:

  • 4 Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • 4 Salinan Sijil Kelahiran
  • 4 Salinan Sijil Akademik
  • 4 Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • 4 Salinan Kad Pengenalan Waris
  • 4 Keping Gambar Berukuran Passport
  • Laporan pemeriksaan kesihatan lengkap berserta X-Ray.

AKTIVITI & LATIHAN KOR SUKSIS

 

 

Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (KOR SUKSIS) merupakan sebuah badan beruniform bagi mahasiswa di peringkat universiti. Para pelatih diwajibkan menjalani tiga tahun latihan sebelum ditauliahkan sebagai Inspektor  Sukarelawan.

Para pelatih akan mempelajari Asas Latihan Kepolisan:

  • Kawad & perbarisan pengenalan senjata dan praktikal.
  • Etika kepolisan asas.
  • Undang-undang kanun keseksaan, kanun prosedur jenayah & akta polis.
  • Mempelajari kemahiran insaniah dalam pelbagai aspek.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 tahun latihan :

  • Kursus Asas Kepimpinan.
  • Kursus Etika Dan Pengurusan Integriti.
  • Kursus Asas Pertolongan Cemas.
  • Kursus Asas Pengenalan Pasukan Gerakan Am (PGA).
  • Latihan Dan Ujian Menembak Rifle M16.
  • Karnival Sukan Suksis Universiti Awam Zon Tengah (SUKAT).
  • Perkhemahan Tahunan.
  • Khidmat Masyarakat.
  • Majlis Pentauliahan Pegawai Kor Suksis.

 Kelebihan dalam KOR SUKSIS:

  • Insentif Elaun bulanan & Tahunan /Bounty.
  • Jaminan kolej kediaman sepanjang tempoh perkhidmatan.
  • Mengunjungi formasi-formasi PDRM.
  • Berpeluang untuk memakai pakaian seragam PDRM.

 

PENTAULIAHAN KOR SUKSIS