KENALI SAINS KESUKARELAWAN

Kursus ini ditawarkan untuk memberi kemahiran dan pengalaman menguruskan aktiviti kesukarelawanan berstruktur serta pelaksanaan aktiviti terancang yang memberi impak positif kepada komuniti. Kemahiran serta pengalaman yang diperolehi merupakan hasil gabungan integrasi ilmu naqli dan aqli yang disampaikan melalui amalan kepimpinan dan konsep menginfakkan diri yang menjadi nilai tambah kepada pelajar, dalam usaha melahirkan graduan yang berkualiti dan seimbang, berdaya saing tinggi serta berdikari.

Kursus ini juga mendedahkan amalan etika dan adab sukarelawan berciri Islam.Kursus ini juga menawarkan peluang untuk pelajar mendapat pendedahan secara terus kepada masyarakat semasa masih belajar, kemahiran berkomunikasi dan pengalaman yang diperoleh pastinya membantu pelajar berkhidmat kepada masyarakat selepas bergraduasi kelak.

LAMAN SOSIAL SAINS KESUKARELAWAN

Objektif Kursus

  • Pemahaman sains kesukarelawanan, takrifan, asas-asas sukarelawan, etika dan adab sukarelawan bercirikan Islam serta amalan kepimpinan berteraskan naqli dan aqli.
  • Membantu dalam penyelesaian masalah berkaitan etika.
  • Menunjuk cara untuk menyelia anggota pasukan.

Kandungan Pembelajaran

  • Pengenalan kepada Sains Kesukarelawanan dan pembelajaran berasaskan pengalaman asas kepimpinan dan masyarakat.
  • Sains Kesukarelawanan
    -Teknologi dan pemindahan ilmu
    -Isu-isu kesukarelawanan
    -Sains Kesukarelawanan
    -Teknologi dan pemindahan ilmu
  • Penyediaan Kertas Projek & Pembentangan Laporan