Skip to content
FacebookInstagramYouTube
PPKI USIM Logo

  • HOME
  • INFO UMUM
    • Latar BelakangKenali PPKI
    • Visi, Misi & Objektif PPKI
    • Carta Organisasi
    • Fungsi PPKI
    • Kata Aluan Pengarah
    • Direktori Staf
    • Mantan Pengarah PPKI
  • TERAS
    • Teras Pengucapan Awam
    • Teras Daya Usaha dan Inovasi
    • Teras Kesukarelawanan
      • Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
      • Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi
      • Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA)
      • Kor Siswa Bomba
      • Bulan Sabit Merah (BSM)
      • Sains Kesukarelawan
    • Teras Kebudayaan
    • Teras Sukan
    • Teras Kepimpinan
    • Teras Keusahawanan
    • Teras Khidmat Komuniti
  • JURULATIH
    • Jurulatih Teras 1
    • Jurulatih Teras 2
    • Jurulatih Teras 3
  • BULETIN
  • MUAT TURUN
  • SOALAN LAZIM
Home/Teras Kesukarelawanan
Teras Kesukarelawananwebmaster2022-06-10T14:19:25+08:00

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)

Wajib mengikuti 6 semester pengajian. Tamat latihan akan ditauliahkan sebagai leftenan muda (PALAPES).

KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (KOR SUKSIS)

Kursus ini mengambil masa selama enam (6) semester dengan tempoh latihan minimum sebulan adalah sebanyak 16 jam dan maksimum 48 jam.  Kursus ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu latihan akademik dan latihan luar. Latihan akademik meliputi undang-undang, bina diri dan kenegaraan manakala latihan luar terdiri daripada kawad, senjata, pertolongan cemas, khidmat masyarakat, rentas halangan, lawatan dan ujian/penilaian. Modul kursus adalah berpandukan kepada modul yang telah ditetapkan oleh Polis DiRaja Malaysia. Wajib mengikuti 6 semester pengajian. Tamat latihan akan ditauliahkan sebagai inspektor (SUKSIS).

PASUKAN SISWA APM (KOR SISPA)

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada organisasi pertahanan awam, fungsi dan tugasnya semasa aman dan ketika kecemasan. Pelajar akan didedahkan kepada asas-asas pertolongan cemas, kaedah-kaedah menangani kebakaran, penggunaan tali dan tangga bagi tujuan menyelamat dan kawad kaki. Modul kursus adalah berpandukan kepada modul yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Wajib mengikuti 4 semester pengajian. Tamat latihan akan ditauliahkan sebagai leftenan muda (PERTAHANAN AWAM).

KOR SISWA BOMBA

Kursus ini mengambil masa selama tiga (3) semester dan wajib mengikuti 3 semester pengajian.

BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA (BSKN)

Kursus ini terbuka untuk Alumni PLKN. Pelajar akan mengikuti empat (4) semester pengajian empat (4) jam kredit. Wajib mengikuti empat (4) semester pengajian.

BULAN SABIT MERAH (BSM)

Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar asas-asas pertolongan cemas dan kemahiran yang berkaitan dengannya termasuklah menangani kebakaran, penggunaan tali dan tangga bagi tujuan menyelamat dan kawad kaki.  Modul pembelajaran bagi kursus ini adalah berpandukan kepada modul yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Ia merangkumi pertolongan cemas asas, bantuan kecemasan dan ops menyelamat serta pendidikan kesihatan.Wajib mengikuti 3 semester pengajian. Tamat latihan akan mendapat sijil Jurulatih BSM.

Hubungi PPKI

  • Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
    Universiti Sains Islam Malaysia
    Bandar Baru Nilai, 71800, Negeri Sembilan

  • +606-7988174/ +606-7988379
  • pej.ppki@usim.edu.my
  • Tarikh Kemaskini: 7 Jun 2022

Pautan Sistem

  • Laman Web Rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Laman Web Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • Laman Web Rasmi Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM
  • Yayasan Sukarelawan Siswa

FIND US ON FACEBOOK

Hak Cipta © 2021 USIM | Hak Cipta Terpelihara.
FacebookInstagramYouTube