KENALI BSMM USIM

Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar asas-asas pertolongan cemas dan kemahiran yang berkaitan dengannya termasuklah menangani kebakaran, penggunaan tali dan tangga bagi tujuan menyelamat dan kawad kaki. Kursus ini akan dijalankan selama 3 semester. Modul pembelajaran bagi kursus ini adalah berpandukan kepada modul yang telah ditetapkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia. Ia merangkumi pertolongan cemas asas, bantuan kecemasan dan ops menyelamat, pendidikan kesihatan, pertolongan cemas lanjutan dan CPR, pentadbiran dan pengurusan serta kaedah mengajar bagi kelayakan sebagai jurulatih.

LAMAN FB BSMM USIM

SIAPAKAH YANG LAYAK MEYERTAI BSMM ?

  • Untuk melayakkan seseorang pelajar menyertai PALAPES, seseorang itu seharusnya memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Telah diterima sebagai pelajar prasiswazah sepenuh masa di USIM dengan tempoh pengajian tidak kurang dari 3 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur di antara 18 hingga 25 tahun. .
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
  • Tinggi minimum adalah 162 cm bagi lelaki dan 157 cm bagi wanita.
  • Berat badan minimum ialah 50 kg bagi lelaki dan 45 kg bagi wanita.
  • Tidak rabun warna. Seseorang yang berkaca mata juga boleh dipertimbangkan.
  • Pendengaran yang baik.
  • Perwatakan yang baik serta mempunyai minat yang mendalam dalam latihan ketenteraan.
  • Lulus Ujian Kecergasan Asas.
  • Lulus tapisan keselamatan.
  • Lulus temuduga.

DOKUMEN

Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:

  • 4 Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • 4 Salinan Sijil Kelahiran
  • 4 Salinan Sijil Akademik
  • 4 Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • 4 Salinan Kad Pengenalan Waris
  • 4 Keping Gambar Berukuran Passport
  • Laporan pemeriksaan kesihatan lengkap berserta X-Ray.

AKTIVITI & LATIHAN BSMM

Latihan dijalankan setiap hari rabu (setiap minggu) dan pada hari sabtu (2 minggu sekali) adalah berbentuk teori dan praktikal PC. Pakaian rasmi ialah T-shirt latihan & berkasut sukan. Selain itu, latihan luar (Kursus) berkaitan Program Orientasi, Teambuilding dan BOM.

Apa yang pelatih perolehi selepas tamat kursus ini?

  • Menguasai asas-asas pertolongan cemas dan kemahiran yang berkaitan dengannya:-mock up, anduh, ikatan tali, bantuan menyelamat dsb.
  • Peluang melanjutkan kemahiran sehingga bergelar jurulatih bertauliah.
  • Mempunyai peluang untuk menyambung perkhidmatan kejurulatihan di USIM dan di negeri masing-masing.

PENTAULIAHAN BSMM