KENALI KOR SISPA USIM

Penubuhan Pasukan Siswa APM sebagai landasan kepada Angkatan untuk melahirkan anggota yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam.

Objektif latihan di bawah KOR SISPA adalah seperti berikut:

• Memberi peluang kepada pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam APM untuk membantu diri sendiri dan orang lain.
• Memupuk nilai/ sikap hormat-menghormati, menurut perintah, berdisiplin, bekerjasama, bertanggungjawab, berhemah, kejujuran dan keyakinan diri.
• Menanam semangat kesedaran sivik, ketaatan dan cintakan negara serta penjagaan alam sekitar.
• Mempertingkatkan ketahanan fizikal, mental dan daya kerohanian yang seimbang.

LAMAN FB KOR SISPA USIM

SIAPAKAH YANG LAYAK MENYERTAI KOR SISPA?

Untuk melayakkan seseorang pelajar menyertai KOR SISPA USIM, seseorang itu seharusnya memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar-pelajar yang berdaftar dalam program ijazah sarjana muda di IPT.
  • Pelajar lepasan diploma yang melengkapi PS13 dan mengikuti program ijazah sarjan muda di IPT.
  • Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan)
  • Tidak menyertai mana-mana pasukan badan beruniform lain.
  • Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPT.
  • Mengisi dan mengemukakan borang permohonan serta lulus temu duga kemasukan

DOKUMEN

Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Penyata Bank
  • Borang Permohonan Kemasukan
  • Surat Aku Janji

AKTIVITI & LATIHAN KOR SISPA

Latihan bagi Kor Sispa dilaksanakan selama dua tahun merangkumi 4 semester.

  • Tahun pertama : Semester 1 & 2 (Junior)
  • Tahun kedua : Semester 3 & 4 (Senior)

Kursus ini merupakan satu nilai tambah yang unik kepada pelajar serta menjadi platform kepada mereka untuk dibentuk menjadi anggota masyarakat yang menonjol sebagai “towering personality” bersesuai dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kursus ini dikendalikan secara perbincangan dan PBL yang akan menerapkan amalan dan kaedah terbaik berkaitan perancangan dan pelaksanaan satu program latihan: modul SISPA.

Latihan Kor Sispa  merangkumi bidang seperti berikut:

  • Pengetahuan Asas Pertahanan
  • Kemahiran Asas Pertolongan Cemas
  • Kemahiran Asas Melawan Kebakaran
  • Kemahiran Asas Menyelamat
  • Kenegaraan
  • Etika/ Moral Kepegawaian
  • Arahan Keselamatan
  • Kawad Kaki

1. Semester 1 (Kursus Asas)

  • Kawad Kaki
  • Pengenalan Kepada Pertahanan Awam
  • Pengenalan Kepada Pertolongan Cemas
  • Basic Life Support 1
  • Sains Kebakaran dan Alat Pemadam Api
  • Pengurusan Mangsa dan Menyelamat Kecemasan
  • Ikatan dan Simpulan Tali (Teori & Pratikal)
  • Ulangkaji Penilain

2. Semester 2 (Kursus FRLS & MK)

  • Kawad Kaki
  • First Responder Life Support (FRLS)
  • Anatomi dan Fisiologi Sistem Kardiorespiratori
  • Anatomi dan Fisiologi Sistem Respiratori
  • Penilaian Awal Pesakit
  • Basic Life Support (BLS) II (Pratikal)
  • Tercekik (Choking)
  • Luka dan Pendarahan
  • Kepatahan dan Rawatan
  • Renjatan (Shock)
  • Terbakar & Melecur
  • Pengenalan Asas Kimia Kebakaran
  • Alat Pemadam Api (Ulangkaji)
  • Fire Evacuation (Pengungsian/Pencegahan Kebakaran)
  • Pengenalan Peralatan Melawan Kebakaran
  • Ulangkaji Penilaian

3. Semester 3 (Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan)

  • Kawad Kaki
  • Pengenalan APM dan Punca Kuasa
  • Peranan APM dalam Pengurusan Bencana Negara
  • Pengenalan Pusat Pemindahan
  • Organisasi Pusat Pemindahan
  • Fungsi Jawatankuasa dan Agensi Terlibat
  • Pengenalan Bantu Mula Psikologi
  • Pengurusan Pusat Pemindahan (Pratikal)
  • Penyediaan dan Pemilihan Menu
  • Masakan (Pratikal)
  • Ulangkaji Penilaian

4. Semester 4 (Kursus Bakal Pegawai)

  • Kawad Kai
  • Kepimpinan
  • Majlis Keselamatan Negara (MKN) Arahan 20
  • Pengurusan Majlis dan Protokol (Teori & Pratikal)
  • Pengurusan Mesyuarat
  • Sahsiah dan Etika Pegawai
  • Akta APM 1951 (221)
  • Tatacara Pemakaian Pakain Seragam
  • Ulangkaji Penilaian

5. Sijil- Sijil Kor Sispa

  • Sijil Asas- Pejabat APM Negeri
  • Sijil Latihan Kemahiran- Institusi Latihan Pertahanan Awam (ILPA)
  • Sijil Kenaikan Pangkat- Kor Sispa IPT
  • Watikah Pentauliahan – Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA)

PENTAULIAHAN KOR SISPA