Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah  merupakan peneraju dalam  pelaksanaan Kursus Kokurikulum Berkredit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan usaha ke arah melahirkan Graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang Holistik serta memiliki Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi. Oleh itu, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah juga bertanggungjawab dalam menerap tujuh kemahiran Insaniah dalam diri setiap pelajar yang mengambil Kursus Kokurikulum Berkredit Universiti Sains Islam Malaysia. Selain itu, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah juga merupakan medium perantara alternatif di antara Universiti dan pelajar dalam memangkin usaha meningkatkan tahap Kemahiran Insaniah(KI) seterusnya melahirkan graduan holistik & berdaya saing di pasaran pekerjaan.

Penawaran kursus-kursus ko-kurikulum bagi program-program Sarjana Muda dengan Kepujian adalah sebagai sebahagian daripada usaha membentuk siswa dan siswi yang seimbang mental, fizikal, emosi dan intelek. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh unit ini terdiri dari lapan (8) teras iaitu:

  1. Teras Sukan
  2. Teras Kebudayaan
  3. Teras Kesukarelawanan
  4. Teras Pengucapan Awam
  5. Teras Kepimpinan
  6. Teras Daya Usaha & Inovasi
  7. Teras Khidmat Komuniti
  8. Teras Keusahawanan

Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah bertindak menguruskan perlaksanaan penawaran dan perlaksanaan kursus-kursus ini.

Sedikit Ringkasan Sejarah Penubuhan PPKI

Pada 19 Oktober 2006 Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) telah bersetuju menubuhkan Unit Kokurikulum di bawah penyeliaan Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) khusus untuk menawarkan Kursus Kokurikulum.

Pada tahun 2008 Unit Kokurikulum telah dinaik taraf menjadi Pusat Kokurikulum dan berdiri sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan mengekalkan fungsi yang sedia ada.

Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mahu memperkasakan Kemahiran Insaniah (KI) pelajar pada tahun 2010 Pengurusan Universiti telah menukar nama Pusat Kokurikulum kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) seterusnya melaksanakan fungsi melaksanakan Kursus Kokurikulum Berkredit dan meneraju usaha melahirkan Graduan Holistik serta memiliki Kemahiran Insaniah yang tinggi.