FAQs

Home/FAQs
FAQs2021-11-18T11:10:53+08:00
1. Apakah kursus-kursus yang ditawarkan di PPKI?2021-11-18T11:03:17+08:00

Teras Kebudayaan
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah berbentuk bidang kesenian dan kebudayaan iaitu eni Khat Arab, Seni Lukis, Nasyid, Koir, Seni Suara Islam, Kompang, Seni Tari Rakyat dan Teater.

Teras Kesukarelawanan
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah berbentuk badan beruniform. Terdapat enam (6) Badan Beruniform yang boleh disertai di USIM dan pendaftaran hanya dibenarkan kepada pelajar semester 1 tahun 1 sahaja.

Teras Sukan
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah berbentuk aktiviti sukan dan riadah. Antara kursus yang ditawarkan adalah Bola Baling, Bola Sepak, Bola Jaring, Futsal, Renang dan Penyelamat, Kayak, Badminton, Tenis, Bola Tampar, Takraw, Boling Padang, Ping pong, Tenpin Boling, Catur, Golf, Memanah, Sukan Berbasikal, Taekwando dan Silat.

Teras Kepimpinan
Kursus-kursus yang ditawarkan memfokus pembentukan kemahiran kepimpinan. Terdapat 3 kursus yang ditawarkan dibawah teras ini iaitu Kepimpinan Holistik Mahasiswa Muslim, Transformasi Kepimpinan Mahasiswa Muda dan Integrasi Komuniti 1Malaysia.

Teras Pengucapan Awam
Kursus-kursus yang ditawarkan memfokus pembentukan kemahiran pengucapan awam iaitu Debat (Bahasa Melayu), Pidato (Bahasa Melayu), Debat (Bahasa Inggeris), Public Speaking, Debat (Bahasa Arab) dan Al-Khitabah Al-Arabiyah.

Teras Daya Usaha dan Inovasi
Kursus-kursus yang ditawarkan menjurus kepada minat berinovasi. Terdapat 5 kursus yang ditawarkan dibawah teras ini iaitu Penyelesaian Masalah TRIZ, Penulisan Esei Kreatif, Penerbitan Video Kreatif, Pembangunan Laman Web dan Kemahiran Fotografi.

Teras Keusahawanan
Kursus-kursus yang ditawarkan bertujuan membangunkan potensi usahawan pelajar. Terdapat 3 kursus yang ditawarkan di bawah teras ini iaitu Agrosis Usahawan Tani, Usahawan Siswa Industri Hiliran dan Program Keusahawanan Secara Praktis 1-6.

Teras Khidmat Komuniti
Kursus-kursus yang ditawarkan melatih pelajar kepada aktiviti kemasyarakatan iaitu Pengurusan Masjid, Skuad Transformasi Perlindungan Kanak-kanak, Wanita dan Warga Tua dan Hafiz Mujtama’I 1-5.