KATA ALUAN PENGARAH PPKI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya memberikan sepatah dua kata di dalam laman sesawang Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI). Di sini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pengunjung laman sesawang ini.

Umum mengetahui, teknologi masa kini jika digunakan dengan baik akan mendatangkan banyak kelebihan kepada penggunanya, begitu juga sebaliknya. Oleh itu diharap para pengunjung dapat menggunakan wadah laman sesawang ini sebagai satu medium penghubung yang efektif antara PPKI dengan warga kampus mahupun masyarakat luar. PPKI berusaha untuk sentiasa memudahkan pengunjung untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang boleh diperolehi melalui hujung jari sahaja.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua staf PPKI yang telah berusaha keras untuk menyediakan, menyelenggara dan mengemaskini laman sesawang ini. Adalah diharapkan agar usaha-usaha ini akan mendatangkan hasil yang terbaik yang boleh disalurkan kepada seluruh warga kampus mahupun masyarakat umum.

Akhir kata saya mempersilakan tuan/puan melayari laman sesawang ini. Semoga tuan/puan memperoleh maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Saya juga berharap laman sesawang ini menjadi sumber rujukan berguna sepanjang masa. Justeru saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman sesawang ini untuk manfaat semua pihak.

Sekian, terima kasih.