Teras Kesukarelawanan

/Teras Kesukarelawanan
Teras Kesukarelawanan 2018-11-02T10:32:17+00:00

TERAS KESUKARELAWANAN

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah berbentuk badan beruniform.  Terdapat enam (6) Badan Beruniform yang boleh disertai di USIM dan pendaftaran hanya dibenarkan kepada pelajar semester 1 tahun 1 sahaja.

 

1. PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)

Wajib mengikuti 6 semester pengajian. Tamat latihan akan ditauliahkan sebagai leftenan muda (PALAPES)

 

2.  KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (KOR SUKSIS)

Kursus ini mengambil masa selama enam (6) semester dengan tempoh latihan minimum sebulan adalah sebanyak 16 jam dan maksimum 48 jam.

Kursus ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu latihan akademik dan latihan luar. Latihan akademik meliputi undang-undang, bina diri dan kenegaraan manakala latihan luar terdiri daripada kawad, senjata, pertolongan cemas, khidmat masyarakat, rentas halangan, lawatan dan ujian/penilaian.
Modul kursus adalah berpandukan kepada modul yang telah ditetapkan oleh Polis DiRaja Malaysia.

Wajib mengikuti 6 semester pengajian. Tamat latihan akan ditauliahkan sebagai inspektor (SUKSIS)

 

3. PASUKAN SISWA APM (KOR SISPA):

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada organisasi pertahanan awam, fungsi dan tugasnya semasa aman dan ketika kecemasan. Pelajar akan didedahkan kepada asas-asas pertolongan cemas, kaedah-kaedah menangani kebakaran, penggunaan tali dan tangga bagi tujuan menyelamat dan kawad kaki.

Modul kursus adalah berpandukan kepada modul yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Wajib mengikuti 4 semester pengajian. Tamat latihan akan ditauliahkan sebagai leftenan muda (PERTAHANAN AWAM)

 

4. KOR SISWA BOMBA

Kursus ini mengambil masa selama tiga (3) semester.

Wajib mengikuti 3 semester pengajian.

 

5. BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA (BSKN)

Kursus ini terbuka untuk Alumni PLKN. Pelajar akan mengikuti empat (4) semester pengajian empat (4) jam kredit. Wajib mengikuti empat (4) semester pengajian.

 

6. BULAN SABIT MERAH (BSM)

Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar asas-asas pertolongan cemas dan kemahiran yang berkaitan dengannya termasuklah menangani kebakaran, penggunaan tali dan tangga bagi tujuan menyelamat dan kawad kaki.

Modul pembelajaran bagi kursus ini adalah berpandukan kepada modul yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Ia merangkumi pertolongan cemas asas, bantuan kecemasan dan ops menyelamat serta pendidikan kesihatan.

Wajib mengikuti 3 semester pengajian. Tamat latihan akan mendapat sijil Jurulatih BSM