SEREMBAN, 24 NOVEMBER 2019 – Seramai 26 orang pelajar tahun satu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Kem Al Arabiyyah fi Qalbi bertempat di pusat Darul Asnaf Sri Sendayan, Seremban anjuran Kursus Al Munazoroh dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI). Pesertar yang terlibat ialah seramai 25 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Sesi lawatan yang bermula dari jam 12.00 tengahari sehingga jam 6.00 petang ini diiringi oleh Jurulatih kursus ini,Encik Ahmad Norsyafwan Norawawi, sebagai guru pengiring dan untuk memastikan segala perjalanan program berjalan lancar tanpa masalah.
Objektif utama program ini adalah untuk memupuk minat peserta dalam mendalami Bahasa arab serta melatih mereka dalam menguasai kota kasa arab.. Program seumpama ini mampu memberi kesedaran kepada pelajar agar mengambil cakna dengan keistimewaan dan kepentingan belajar Bahasa arab . Program yang bermula pada jam 7,30 pagi ini dimulai dengan pembahagian kumpulan dan trademark masing masing. Seterusnya, pelajar dibawa ke padang yang berdekatan untuk menjalankan aktiviti seterusnya (LDK1) iaitu explorace. Pertandingan ini bertujuan untuk membantu pelajar menambah kota kasa Bahasa arab serta memupuk sikap kerjasama antara mereka.
Antara modul yang dijalankan semasa explorace ialah treasure hunt, flour55 , tautan kasih , teka silang kata dan hentian terakhir puzzle. Seusainya aktiviti ini, program diteruskan dengan LDK 2 iaitu kotak beracun dan radio buruk. rata rata pelajar berpuas hati dengan program ini dan berharap pihak kami untuk dating kembali pada masa akan dating. Walaupun peserta dating dari pelbagai latar belakang, namun semangat dan kerjasama yang ditunjukkan mereaka amat memberangsangkan.
Program diakhiri dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada para pemenang serta sesi fotografi bersama peserta dan pihak pengurusan Darul Asnaf sebagai tanda kenang-kenangan yang sangat berharga. Semoga program ini dapat membantu pelajar memupuk rasa cintakan Bahasa arab di dalam diri mereka. Dan melatih mahasiswa untuk menyumbang bakti terhadap masyarakat setempat tanpa mengira umur serta bangsa.