Klinik Pengenalan Sepak Takraw” merupakan Projek Akhir Kursus Kokurikulum Sem A221, Usim. Program ini dipimpin oleh Jurulatih sepak takraw; En Muhammad Syairazi Bin Ali . Antara objektif utama Klinik Pengenalan Sukan Sepak Takraw yang dianjurkan ini tiada lain bertujuan untuk menerangkan Asas dalam sukan sepak takraw. Sejarah asal-usul sepak takraw. Bukan itu sahaja murid-murid juga didedahkan dengan kemahiran asas sepak takraw.
Kemahiran Asas Sepak Takraw diajar supaya mereka dapat mengetahui teknik yang betul. Segala teknik yang diajarkan dapat diaplikasikan dalam setiap latihan agar mereka bersedia dalam pertandingan peringkat sekolah seterusnya peringkat yang lebih tinggi suatu hari nanti. Para pelajar SMK Nilai Impian kelihatab sangat bersemangat untuk berlatih mempelajari sukan sepak takraw bersama En Razi dan pasukan . Di akhir program, semua pelajar disampaikan sijil penghargaan di atas penyertaan mereka.