Kuala Langat – Selari dengan objektif pengajurab projek akhir dengan mendekatkan diri para mahasiswa dengan komuniti tempatan dengan melaksanakan aktiviti kesukarelawanan dan pertukqran ilmu, Kursus Fotografi CIB 1042 dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah menerusi program ‘Little Friends : Smiles to Capture’ yang telah berlangsung denga jayanya pada 7 Januari 2023 di Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Cheeding.
Program ini telah dilangsungkan dengan tujuan untuk para mahasiswa mempraktikka dan mengaplikasikan kemahiran fotografi yang dipelajari seterusnya berkongsi serba sedikit ilmu fotografi dengan murid orang asli dari sekolah tersebut sejajar dengan hasrat untuk memupuk minat dalam bidang fotografi sedari usia setahun jagung. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pengalaman kepada mahasiswa dalam menyantuni dan beramah mesra komuniti orang asli di sana.
Program ini telah dilaksanakan oleh 34 orang mahasiswa yang mengambil kursus Fotografi CIB 1042 bagi menyempurnakan subjek kokurikulum yang ditetapkan oleh USIM. Setiap mahasiswa yang terlibat diberikan tugasan dalam bentuk berkumpulan dalam usaha menjayakan program ini.Selai itu, pada hari kejadian setiap mahasiswa memainkan peranan penting dalam menunjukkan dan berkongsi pelbagai maklumat dalam menarik minat murid-murid di sana terhadap fotografi.
Guru Besar sekolah berkenaan juga turut menyatakan terima kasih dan penghargaan kelada barisan mahasiswa kerana dengan wujudnya program seperti ini dapat memupuk rasa seronok di dalam diri murid-murid untuk lebih bersemangat untuk ke sekolah dan belajar. Ilmu ini juga dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan boleh digunakan untuk menjana pendapatan pada masa akan datang.
Seramai 43 orang murid dari Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Cheeding terlah hqdir pada harj tersebut yang terdiri dari kalangan murid tahap dua iaitu darjah 4,5 dan 6. Program diakhiri dengan majljs penutupan dan penyampaian hadiah yang turut dihadiri oleh Guru Besar SK Bukit Cheeding.