Nilai, 11 Jun. – Seramai 27 orang mahasisiwi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mengikuti kursus kokurikulum badminton 1L telah menjalankan satu program pertandingan bagi menyedarkan golongan dewasa semnagat kesukanan di Nilai. Projek akhir kursus badminton pada tahun ini dijalankan dengan cara yang agak berbeza disebabkan wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program pertandinagn tetap berjaya dijalankan dengan bantuan keseluruhan ahli kursus badminton.
Objektif program ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang aktif dalam dalam aktiviti sukan dan riadah. Selain itu, program ini bertujua untuk merapatkan hubungan antara komuniti 4 desa dengan para mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Untuk melaksanakan program pertandingan ini, sebuah poster telah disediakan. Objektif poster ini adalah untuk memberi semangat kepada masyarakat luar untuk bersemangat menyertai pertandingan kejohanan sukan dan meminta sedikit sebanyak sumbangan dari masyarakat yang sudi menyumbang. Sejumlah wang yang besar telah diterima dari pihak kami untuk menjayakan program ini untuk membeli keperluan asas seperti bulu tangkis, menempah court, hadiah pemenang dan sebagainya. Keperluan asas yang telah dibeli dengan wang sumbangan itu, telah kami jalankan program pertandingan kejohanan muhibbah itu dengan jayanya
Berdasarkan program yang telah dijalankan, banyak impak yang dapat memberi manfaat kepada mahasiswa mahupun masyarakat luar. Salah satu impak yang dapat memberi kesan yang amat besar bagi diri mahasiswa USIM ialah sentiasa bersemangat dan sentiasa berjuang dalam kesukanan supaya mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan untuk digunakan ke arah kebaikkan. Melalui program ini juga, mahasiswa USIM dapat menyedari betapa pentingnya riadah bagi seseorang individu.
Jika kita merasa hidup kita sentiasa membuang masa dengan perkara tidak berfaedah, maka ingatlah bahawa terdapat pelbagai aktiviti yang berfaedah yang boleh dilakukan seperti bersukan. Ia juga dapat memberi kesedaran betapa beruntungnya bila bersukan kerana mampu melakukan aktiviti bersukan Bersama rakan-rakan dan juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesame sedara islam sebagai umat islam yang berkualiti.