Program menggunakan platform atas talian oleh Kursus Pidato Bahasa Arab(CPC1022).

Program ini merupakan satu program di mana program yang dilakukan semuanya tanpa bersemuka. Berdasarkan pemerhatian pelajar Kursus Al-Khitabah Al-Arabiyyah, ramai pelajar sekolah agama yang mengambil Bahasa Arab tidak semua mampu menguasai dan meminati mata pelajaran tersebut. Oleh itu, program ini diadakan bagi memberi motivasi supaya dapat meningkatkan keyakinan para pelajar dalam mempelajari Bahasa Arab. Program ini perlu diadakan supaya dapat membuka minda para pelajar bahawa Bahasa Arab itu mudah dan seronok dipelajari. Di samping dapat menambah kosa kata dalam penggunaan Bahasa Arab. Pelaksanaan program bermula 1 Julai 2020 hingga 21 Julai 2020 menggunakan platform atas talian (online) iaitu Instagram dan Quizizz. Program ini terbuka kepada semua pelajar USIM dan orang awam.

 

TENTATIF PROGRAM SEPERTI BERIKUT:

1 Julai 2020 – 7 Julai 2020 Khitobah Bahasa Arab (Instagram)

8 Julai 2020 – 14 Julai 2020 Kuiz Bahasa Arab (Quizizz)

15 Julai 2020 – 21 Julai 2020 Poster Bahasa Arab (Instagram)

 

Justeru semua warga USIM dan orang ramai dijemput untuk menyertai program yang dianjurkan oleh pelajar Kursus Al-Khitabah Al-Arabiyyah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), USIM ini. Jom kita!