Oleh Muhammad Afif Danish bin Md Nazib
22 Jun 2024- Sebuah program Bengkel Nasyid Anak Muda, anjuran ahli kursus nasyid CCB1012 yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dijalankan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA. Program ini melibatkan para pelajar dari sekolah tersebut dan ia turut mendapat sambutan positif daripada pelajar-pelajar dan pengetua sekolah itu.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi mencungkil bakat peserta dalam bidang nyanyian serta membina jati diri peserta untuk tampil di khalayak ramai.Selain itu, para peserta juga dapat membentuk karakter positif dan akhlas mulia dalam diri seperti berdisiplin,jujur dan saling bekerjasama dalam kumpulan. Di samping itu, program ini juga secara tidak langsung dapat mendorong semangat berpasukan dan tanggungjawab antara peserta, serta membantu peserta aktif dalam bidang yang diminati.
Program ini merupakan projek akhir bagi kursus nasyid yang telah dibimbing oleh Encik Huzaimi bin Zaini selaku guru sekaligus jurulatih kursus ini. Bermacam jenis aktiviti yang tersedia kepada peserta seperti ceramah motivasi, ice breaking,aktiviti explorace,meneka lirik lagu dan pertandingan nasyid antara kumpulan.
Perjalanan program secara keseluruhan berjalan dengan lancar walaupun ada masalah pada pembahagian dan kekangan waktu program iaitu sedikit lari dan singkat dengan jadual yang telah dirancang. Berikut antara beberapa gambar antara para ahli kursus nasyid dan peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA:
Program Bengkel Nasyid Anak Muda ini dilaksanakan atas dasar kasih sayang antara ahli kursus nasyid USIM dan para peserta yang akrab seperti satu keluarga yang besar, sepanjang program berlangsung senyuman dilihat terpamer di setiap wajah peserta. Ada juga dari kalangan peserta mengatakan program ini sepatutnya dilakukan selama 3 hari 2 malam disebabkan keseronokan yang berjaya menghapuskan kejanggalan antara satu sama lain ketika pertama kali bersua muka. Selain itu, para peserta melakukan persembahan yang sangat menarik dan menghiburkan di samping memberi komitmen yang tinggi dan berani atas dasar sokongan ahli kursus nasyid dan rakan-rakan mereka. Mereka seolah-olah mendapat satu kelompok keluarga baharu dalam bengkel nasyid tersebut walaupun hanya dalam tempoh masa sehari yang sangatlah singkat dan tidak dapat mengenali lebih mendalam. Namun begitu,ahli kursus nasyid juga sangat terhibur dengan gelagat para peserta yang mencuit hati dan m