Nilai : Masyarakat pada hari ini terutamanya golongan dewasa yang sibuk bekerja sehinggakan mereka tidak sedar bahawa sikap mereka telah mengabaikan aktiviti komuniti. Sikap ibubapa juga yang meletakkan keutamaan tentang pencapaian akademik dan kurang memberikan galakkan kepada anak-anak untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan merupakan faktor remaja dan anak muda tidak meminati sukan. Menurut kajian oleh National Alliance for Sports, lebih daripada 70 peratus remaja hilang minat dan tidak lagi mahu bersukan apabila mereka memasuki peringkat sekolah menengah.
Oleh yang demikian, pelajar-pelajar kursus kokurikulum Ping Pong USIM telah mengadakan ‘Program Bicara Sukan dan Motivasi’ bersama Atlet Sukan Kebangsaan Malaysia pada 15 Jun 2022 bermula 8.30 malam secara atas talian menggunakan platform Zoom. Program ini merupakan sebuah program bual bicara yang memfokuskan terhadap isu-isu semasa berkaitan kepentingan sukan yang mampu berdaya saing dengan akademik. Selain itu, motivasi juga amat penting dalam diri setiap individu agar dapat meningkatkan semangat dalam kehidupan.
Antara objektif utama program ini diadakan ialah meningkatkan penyertaan komuniti dan menerapkan amalan hidup aktif melalui aktiviti sukan serta meneruskan kesinambungan sukan (sport continuum) dengan menyediakan platform penyerlahan bakat sebagai asas kukuh ke arah kecemerlangan sukan negara. Program yang dilaksanakan secara atas talian ini telah menampilkan Saudari Pow Mei Foong yang merupakan atlet bola jaring kebangsaan Malaysia sebagai penceramah jemputan yang berpengalaman dalam mengupas isu-isu sukan dan motivasi.
Program ini telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama para pelajar kursus Ping Pong USIM telah berjaya dijalankan dengan pendaftaran peserta seramai 132 orang terdiri daripada pihak komuniti luar, pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) dan juga mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Hebahan program telah dilakukan melalui media sosial Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI USIM) dan melalui aplikasi media sosial. Pendaftaran peserta adalah melalui Google Form. Setelah para peserta mengisi maklumat di dalam Google Form tersebut, para peserta telah diberikan pautan kumpulan Whatsapp yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat sebelum dan selepas program ini dijalankan.
Seramai 85 pengguna Zoom telah yang mengikuti program ini adalah melalui platfrom Zoom. Namun terdapat juga peserta yang telah mendaftar turut mengikuti program ini secara langsung melalui Youtube PPKI USIM. Berikut merupakan pautan Youtube bagi program ini ( Bicara Sukan dan Motivasi – YouTube )
Program Bicara Sukan dan Motivasi ini telah dibahagikan kepada 5 slot yang berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 8:30 malam sehingga 10:30 malam . Slot pertama dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan yang dipengerusikan oleh Saudari Arfa Nurain Binti Zin Azman. Pengacara majlis telah berkongsikan serba ringkas latarbelakang penceramah jemputan. Seterusnya slot ini dikendalikan oleh Moderator Saudara Muhammad Najmi Aiman Bin Nordin dalam segmen bicara santai dengan mengajukan beberapa soalan kepada penceramah perihal latar belakangnya dari segi pelajaran beliau, pencapaian beliau dalam sukan, keterlibatan beliau dalam sukan Malaysia, sekolah beliau dan sebagainya.
Slot kedua adalah sesi perkongsian pengalaman penceramah bersama pasukan bola jaring kebangsaan Malaysia dan kejayaan diperingkat Asia Tenggara telah membuka mata rakyat Malaysia bahawa sukan bola jaring merupakan sukan yang berprestasi tinggi. Pada slot yang ketiga pula adalah halangan dan cabaran sebagai seorang ahli sukan yang berdepan dengan masalah kesihatan dan sebagai pelajar cemerlang yang mampu menyeimbangkan antara sukan dan pelajaran. Pada slot yang keempat merupakan slot ramah mesra yang mana para peserta akan mengajukan beberapa soalan kepada penceramah berkaitan isu-isu, kepentingan sukan dan motivasi. Slot yang terakhir merupakan kuiz umum berkaitan sukan yang mendapat sambutan yang tinggi daripada para peserta. Program diakhiri dengan sesi bergambar penceramah dan para peserta program.
Setelah berakhirnya Program Bicara Sukan dan Motivasi ini, para pelajar dan jurulatih kursus Ping Pong telah melakukan perbincangan bagi mengenalpasti masalah yang timbul dan idea penambahbaikan agar tidak berulang kembali. Antara kebaikan dalam program ini ialah mendapat sambutan yang ramai dan penglibatan para peserta adalah diluar jangkaan. Program ini adalah bersifat dua hala yang tidak menumpukan kepada penceramah sahaja.Seterusnya, kelebihan program ini juga adalah mempunyai sesi kuiz yang sangat menarik kepada para peserta bagi menguji pengetahuan tentang sukan para peserta. Hal ini dapat menjadikan program ini dapat berlangsung dengan jayanya. Akhir sekali, kelebihan daripada program ini adalah kemudahan dalam pengagihan sijil digital bagi mengurangkan penggunaan kertas kepada peserta mengikut kategori iaitu kategori USIM, ITQAN dan juga komuniti luar.
Namun, terdapat juga beberapa masalah untuk menjayakan program ini iaitu masalah internet dan juga masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Begitu juga terdapat peserta yang tidak memberikan maklumat dengan lengkap. Hal ini memberikan impak kepada penyerahan sijil di akhir program.
Justeru, berlandaskan kepada objektif Program Bicara Sukan dan Motivasi ini, diharapkan para peserta dapat mengaplikasi ilmu yang diperoleh di dalam kehidupan seharian. Selain itu, perkongsian berkenaan dengan bagaiman menjadi seorang atlet yang profesional juga dapat diaplikasikan dalam aktiviti sukan. Keseimbangan dalam akademik dan sukan bukan sahaja mampu melahirkan insan yang cemerlang dari sudut intelektual malah membangunkan kemahiran fizikal, mengembangkan bakat pemimpinan, dan kerja berpasukan.