NILAI, JULAI 17: Seramai 40 orang pelajar Kursus Pidato Bahasa Melayu, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Program “Gilapan Kemahiran Pengucapan Awam” kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Umum mengetahui Universiti bukan semata-mata tempat seseorang individu memperoleh pendidikan formal selepas alam persekolahan sahaja. Namun, Universiti juga berfungsi untuk memberikan dan mendidik masyarakat berpaksikan landasan ilmu yang benar. Bukan itu sahaja Universiti juga berfungsi dalam memberikan pendedahan ilmu dan kemahiran pelbagai kepada masyarakat. Rentetan itu, pelajar-pelajar kurus pidato bahasa melayu (A202), Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM telah mengadakan program dalam talian yang dilaksanakan dengan jayanya bermula 19 Mei 2021 sehingga 28 Julau 2021 melalui medium YouTube Rasmi PPKI USIM.
Program “Gilapan Kemahiran Pengucapan Awam” berobjektifkan 2 pasak konkrit yang menjadi tunjang dan sebab utama ia dilaksanakan. Pertama, memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah tentang teknik dan kaedah yang betul dan sesuai berkaitan pengucapan awam. Seterunya, program ini juga bertujuan meningkatkan keyakinan diri para pelajar di dalam pengucapan awam serta memberi penerangan kepada mereka tentang etika yang betul dan tepat di dalam pengucapan awam. Walaupun negara sedang dilanda pandemik Covid-19 yang membataskan perkumpulan dan pertemuan secara bersemuka, namun pelaksanaan program dapat disempurnakan dengan persediaan rapi oleh kesemua mahasiswa yang terlibat. Mahasiswa yang terlibat telah bersama-sama membangunkan modul dan pengisian program. Terdapat 8 modul dan pengisian yang disediakan oleh para mahasiswa kursus pidato bahasa melayu bagi menyempurnakan program ini. Pengenalan kepada pidato, kemahiran mengusai penonton, pidato dari perspekstif Islam, kaedah menyusun fakta, informasi dan idea adalah antara sebahagian modul-modul dan pengisian program.
Program ini diharapkan dapat memberi impak positif bukan sahaja kepada para pelajar di sekolah menengah sekali gus memberikan impak positif kepada Mahasiswa USIM itu sendiri. Juga tidak ketinggalan memberikan kesan yang baik kepada masyarakat umunya. Kemahiran Insaniah seperti kemahiran pengucapan awam ini merupakan suatu kemahiran yang amat penting (Essentials) yang mesti dipelajari dan digilap dari hari ke hari. Kemahiran insaniah ini bukan sahaja membentuk peribadi seseorang bahkan meningkatkan kewibawaan dan karisma seseorang individu. Program “Gilapan Kemahiran Pengucapan Awam” merupakan suatu sumbangan kecil Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam memartabatkan ilmu dunia dan akhirat seiring dengan moto yang sekian lama USIM bawa iaitu “Integrasi Ilmu Naqli & Aqli”.
Mahasiswa USIM Manfaatkan Jaringan Internet Berkongsi Kemahiran Insaniah