Klinik Awalan Futsal (untuk kanak-kanak bawah 12 tahun) yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan di luar jangkaan apabila seramai 33 orang peserta telah berjaya didaftarkan di mana rata-rata pesertanya terdiri daripada anak- anak penduduk di sekitar komuniti USIM. Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang sudi hadir dan menyokong Projek Akhir ini. Walaupun pada mulanya cuaca agak sedikit hujan, namun dengan izin-Nya, anak-anak ini terus bersemangat dan akhirnya klinik ini dilaksanakan dengan jayanya.
Antara objektif utama Klinik Awalan Futsal yang dianjurkan ini tiada lain bertujuan untuk mengubah mentaliti atau ‘mindset’ anak-anak agar mereka tahu membezakan antara sukan Bolasepak dengan Futsal. Ternyata modul-modul yang telah disusun dan diterapkan oleh Coach AJ seperti ‘Ball Mastery‘ dan pendekatan ‘5 Teknik Asas Futsal‘ sedikit sebanyak membuka minda anak-anak ini seterusnya mngimplementasikan ilmu yang telah dipelajari pada hari ini untuk di bawa ke peringkat sekolah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi suatu hari nanti.