Nilai, Negeri Sembilan, 30 November 2019 – Pada hari Sabtu yang lalu, telah berlangsungnya acara sukan berbasikal yang diadakan di Pusat Komersil bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia, USIM. Acara sukan berbasikal ini merupakan projek akhir pelajar kursus sukan berbasikal USIM yang terdiri daripada 25 orang pelajar dari pelbagai fakulti dan telah dibimbing oleh jurulatih Mohd Yafiz Jamaludin. Tujuan utama pertandingan berbasikal ‘Smart Ride’ ini dianjurkan adalah bagi mendedahkan kepada orang ramai berkenaan kesedaran berbasikal mengikut undang-undang dan tatacara yang betul bagi bagi menjamin keselamatan penunggang.
Acara berbasikal ini telah disertai oleh peserta seramai 29 orang peserta dari pelbagai peringkat umur antara 3 hingga 15 tahun. Antara acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah acara pushbike, sprint test, basikal lambat dan basikal cantik. Pada hari kejadian, seawal jam 6, jurulatih dan urusetia telah berkumpul di tapak pertandingan bagi membuat persiapan tempat dan memperkemaskini peralatan bagi memudahkan perjalanan program yang akan berlangsung pada hari tersebut. Pada jam 7.30 pagi, terlihat kelibat penjaga yang membawa anak-anak mereka dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun mendaftarkan diri di meja pendaftaran bagi acara pushbike. Sementara menunggu ketibaan peserta lain, para penjaga dan peserta menilkmati sarapan pagi bihun goreng dan air oren yang disediakan oleh urusertia. Acara telah dimulakan pada jam 9 pagi dengan pembukaan tirai oleh peserta cilik berumur 4 tahun dalam acara pushbike. Ramai ibubapa yang bersorak memberikan sokongan kepada anak-anak mereka sebaik sahaja wisel perlepasan ditiup. Tidak terkecuali ibubapa yang asyik merakam gelagat anak-anak mereka sebagai kenangan. Dalam masa yang sama, acara basikal cantik turut dimulakan dengan cara urusetia program mengambil markah setiap basikal yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik seperti mempunyai topi keselamatan, brek tangan yang berfungsi, lampu, dan ciri-ciri keselamatan yang lain. Selepas itu, acara diteruskan lagi dengan pertandingan basikal lambat yang disertai seramai 4 orang peserta berusia 13 hingga 15 tahun.
Dalam acara tersebut, kelihatan ramai penonton yang ketawa lucu melihat gelagat peserta yang berusaha mengimbangi basikal mereka dengan pelbagai gaya. Tidak kurang hebatnya peserta-peseta pushbike untuk kategori 5 dan 6 tahun yang berentap di litar sebelah. Terdapat peserta pushbike yang mengalami kecederaan seusai sahaja melepasi garisan penamat. Unit perlindungan perubatan pelajar (U3P) dengan segera memberikan pertolongan cemas kepada peserta yang terlibat dalam kemalangan kecil tersebut. Beberapa minit kemudian, keadaan kembali ceria seperti sediakala dan acara diteruskan lagi dengan pertandingan sprint test atau dikenali juga dengan basikal lajak. Acara penyampaian hadiah dimulakan pada jam 10 pagi susai sahaja acara yang dipertandingakan selesai. Acara penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang pertandingan sprint test atau basikal lajak yang disampaikan oleh jurulatih kursus sukan berbasikal USIM, Jurulatih Mohd Yafiz bin Jamaludi