Kursus-kursus yang ditawarkan menjurus kepada minat berinovasi. Terdapat 5 kursus yang ditawarkan di bawah teras ini.
Fotografi
Kursus ini merupakan Subjek Kokurikulum Berkredit (KKB) yang ditawarkan kepada para pelajar melalui pendedahan mengenai asas teknik-teknik serta kemahiran bagi menghasilkan imej digital yang menarik serta mempunyai teknik kreativiti yang unik, di samping penerapan kemahiran insaniah pelajar, khususnya pemikiran kritis. Di samping itu kursus ini juga menjadi platform kepada mereka untuk mengetengahkan teknik Imej Digital bertemakan Islam seterusnya membolehkan mereka mengisi peluang pekerjaan yang wujud di pasaran. Kursus ini juga akan melahirkan generasi pemimpin Islam yang mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan mampu menghasilkan sesuatu Imej Digital yang kritis serta amat diperlukan di pasaran bersesuaian dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dan dunia secara keseluruhannya.
Pembangunan Laman Web
Kursus ini merupakan Subjek Kokurikulum Berkredit (KKB) yang ditawarkan kepada para pelajar melalui pendedahan mengenai teknik-teknik asas serta kemahiran bagi menghasilkan Laman Maya, di samping penerapan kemahiran insaniah, khususnya pemikiran kritis. Ia juga merupakan salah satu nilaitambah yang amat berguna kepada pelajar kerana dapat mencungkil idea-idea kreatif di kalangan pelajar seterusnya menjadikan pelajar itu lebih berkeyakinan. Di samping itu kursus ini juga menjadi platform kepada mereka untuk mengetengahkan idea kreatif berasaskan Islam seterusnya membolehkan mereka mengisi peluang pekerjaan yang wujud di pasaran. Kursus ini juga akan melahirkan generasi pemimpin Islam yang mempunyai kemahiran dalambidang ICT dan mampu menghasilkan Laman Maya yang kreatif yang amat diperlukan di pasaran bersesuaian dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dan dunia secara keseluruhannya.
Media Kreatif
Kursus ini memberi pendedahan mengenai teknik-teknik serta kemahiran bagi menghasilkan video yang menarik dan unik, disamping penerapan kemahiran insaniah pelajar dalam pengendalian projek akhir. Juga menjadi platform kepada mereka untuk mengetegahkan idea keratif berasaskan Islam seterusnya membolehkan mereka mengisi peluang pekerjaan yang wujud di pasaran. Kursus ini juga akan melahirkan generasi pemimpin Islam yang mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan mampu menghasilkan sesuatu media yang kreatif yang amat diperlukan di pasaran bersesuaian dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dan dunia secara keseluruhannya.
Pementoran STREAM Bagi Makmal Sains Sekolah Menengah
Kursus ini melibatkan unsur STREAM di mana integrasi akan berlaku dalam ilmu Naqli (R) dan ilmu Aqli (STEM) di bantu dengan kemahiran kesenian (A) dalam penyampaian dan pelaksanaan Amali STEM untuk memberikan impak yang lebih holistik dalam membudayakan ilmu Sains dan Islam. Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada disiplin STREAM, merangka aktiviti STREAM dan menjalankan aktiviti STREAM untuk mencetuskan semula minat pelajar-pelajar sekolah terhadap subjek-subjek STEM seperti Sains & Matematik. Kursus ini akan menerapkan elemen libat sama komuniti dan kesukarelawanan untuk membimbing pelajar-pelajar sekolah melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberikan pendedahan mengenai pembelajaran servis dan proses integrasinya dalam silibus sekolah. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti seperti klinik, seminar atau karnival berkaitan dengan STREAM untuk berkongsi pengetahuan bersama-sama komuniti setempat. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikkan pengetahuan STREAM dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukkan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan komunikasi dengan baik dalam melaksanakan sesebuah program.
Falak Gunaan
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan & kemahiran ilmu falak dalam kehidupan. Sepanjang kursus ini, para pelajar akan didedahkan mengenai asas-asas ilmu falak secara teori dan praktikal dengan kemahiran yang khusus seperti penentuan waktu solat, kaedah pengukuran arah kiblat, kemahiran cerapan hilal dan objek langit. Selain itu, kursus ini akan mendedahkan tentang teori-teori ilmu falak yang terdiri daripada sudut pandang al-Quran dan sains serta isu-isu kontemporari yang berkaitan ilmu falak.