Kursus-kursus yang ditawarkan adalah berbentuk bidang kesenian dan kebubayaan. Terdapat 8 kursus yang ditawarkan dibawah teras ini.
Seni Khat Arab
Kursus ini memberi pengetahuan tentang asal usul seni khat dan sejarah perkembangannya di Malaysia. Dari segi amali pelajar akan diterangkan bagaimana cara atau peringkat permulaan untuk membuat huruf-huruf dasar seni khat Arab. Kursus ini menumpukan penguasaan dari aspek teknik-teknik yang digunakan dalam penulisan seni khat dengan menggunakan pensil, berus, warna air, warna minyak, krayon dan sebagainya. Para pelajar bukan sahaja didedahkan dengan teknik menghasilkan lukisan seni khat, mereka juga akan diterangkan bagaimana menggunakan deria lain, seperti akal, hati dan perasaan untuk melahirkan sebuah lukisan seni khat yang bermutu. Kursus ini dikendalikan secara teori dan praktikal/amali.
Seni Lukis
Kursus ini memberi pengetahuan tentang asal usul seni lukis dan sejarah perkembangannya di Malaysia. Kursus ini menumpukan penguasaan dari aspek teknik-teknik yang digunakan dalam seni lukis dengan menggunakan pensil, berus, warna air, warna inyak, krayon dan sebagainya. Para pelajar bukan sahaja didedahkan dengan teknik menghasilkan lukisan, bahkan mereka juga akan diterangkan bagaimana menggunakan deria lain, seperti akal, hati dan perasaan untuk melahirkan sebuah lukisan seni khat yang bermutu. Kursus ini dikendalikan secara teori dan praktikal/amali.
Nasyid
Kursus ini memberi pengetahuan tentang nasyid dari segi definasi tradisi dan kontemporari, kategori lagu dan bunga lagu seperti Nahwan, Bayati dan sirah dan teknik persembahan. Kursus ini juga menumpukan kepada aspek pengawalan vokal individu dan berkumpulan serta suara harmoni melalui lagu. Kursus ini dikendalikan secara teori dan praktikal/amali.
Koir
Kursus ini mewajibkan pelajar melibatkan diri dengan aspek kemahiran nyanyian 2,3 dan 4 suara: soprano, alto, tenor dan bes daripada lagu-lagu pelbagai stail dan Tekstur iaitu monofonok, homofonik dan polifonik. Ia turut bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang nyanyian dalam berkumpulan ensemble vocal. Kursus ini juga akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknik-teknik dalam nyanyian berkumpulan, masalah-masalah nyanyian dan cara mengatasinya. Kursus ini memberi tumpuan kepada posture, pernafasan, sebutan, registration dan penghasilan ton. Teknik asas conducting turut didedahkan sebagai asas menjadi seorang pemimpin koir.
Teater
Kursus ini dititikmulakan dengan sesi suaikenal di mana pelatih akan diuji daya ingatan mereka melalui mengenali nama dan beberapa perkara terhadap rakan-rakanmereka. Secara total, meningkatkan daya ingatan para pelatih akan mengenali keseluruhan rakan sebaya hanya dengan memakan masa selama setengah jam. Latihan kejiwaan pula membawa pelatih merasa sensitif kepada diri sendiri dan peka kepada orang lain. Jawapan keseluruhan dalam latihan teater ini,kejayaan pelatih adalah apabila pelatih menjadi seorang yang berdisiplin, kurang bercakap kosong dan mempunyai fokus yang tinggi.
Kompang
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas permainan kompang yang merangkumi pukulan dan lagu secara berkumpulan. Dalam konteks persembahan, kebiasaannya kumpulan kompang terdiri daripada tiga kumpulan mengikut peranan masing-masing. Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa orang pemain yang akan bertindak sebagai “Pelalu” untuk memainkan pola paluan yang khusus serta spesifik secara seragam iaitu sebagai pukulan dasar. Kumpulan kedua pula bertindak sebagai “Peningkah” yang lazimnya terdiri daripada seorang sahaja ketua dalam permainan tersebut. Kumpulan ketiga akan bertindak sebagai “Pelanak” yang memainkan rentak hias sebagai unsur pelengkap kepada keseluruhan pola paluan yang terjalin di dalamnya. Kursus ini juga mengaplikasikan teori dan amali yang dipelajari dalam pengurusan aktiviti dan khidmat sosial setempat.