Kursus-kursus yang ditawarkan memfokus pembentukan kemahiran kepimpinan. Terdapat 2 kursus yang ditawarkan dibawah teras ini.
Transformasi Kepimpinan Mahasiswa Muda
Kursus ini memberi pengetahuan tentang maklumat berkaitan demografi dan kepelbagaian Malaysia dan peranan yang harus dimainkan oleh mereka sebagai Mahasiswa. Disamping itu para pelajar akan mempelajari dan melakukan analisis mengenai teori kepimpinan, teori berorganisasi selain teori komunikasi berkesan sebagai pendedahan kemahiran memimpin. Para pelajar akan turut melakukan analisis berkaitan cabaran dan keperluan ke arah menjadi pemimpin yang cemerlang serta corak dan gaya kepimpinan yang ada di Malaysia dan dunia seterusnya berupaya untuk menilai situasi-situasi kepimpinan berdasarkan konsep ini. Kursus ini merupakan satu nilai tambah yang unik kepada pelajar serta menjadi platform kepada mereka untuk menjadi pemimpin Muslim bersesuai dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dan dunia. Kursus ini dikendalikan secara perbincangan dan PBL yang akan menerapkan pemikiran kritis terhadap corak kepimpinan sekarang berdasarkan konsep kepimpinan Islam.
Integrasi Komuniti
Kursus ini memberi pengetahuan tentang demografi dan kepelbagaian Malaysia khususnya dari aspek agama, sejarah, budaya, ekonomi, sosial dan politik, serta sumbangannya kepada kemerdekaan dan pembangunan Malaysia pada masa kini. Ia merupakan satu nilai tambah yang unik kepada pelajar serta menjadi platform kepada mereka memahami peranan mereka dalam menyemai perpaduan dan toleransi seterusnya lahir sebagai pemimpin Muslim yang memahami masyarakat majmuk di Malaysia dalam kepelbagaian Negara berbilang kaum, agama dan budaya. Kursus ini dikendalikan secara teori dan penganjuran satu khidmat integrasi komuniti Malaysia akan diuruskan oleh para pelajar sendiri.