Kursus-kursus yang ditawarkan bertujuan membangunkan potensi usahawan pelajar. Terdapat 2 kursus yang ditawarkan di bawah teras ini.
Agrosis Usahawan Tani
Kursus ini merupakan Subjek Kokurikulum Berkredit (KKB) yang ditawarkan kepada pelajar sebagai pendedahan kepada konsep keusahawanan di dalam bidang pertanian. Ia turut memfokus kepada pengajaran pemikiran kritis dan kaedah menghasilkan produk inovasi berasaskan pertanian yang boleh dikomersialkan. Kursus ini merupakan satu nilai tambah yang berguna kerana dapat membangunkan daya keyakinan kendiri pelajar serta menjadi platform kepada mereka untuk menjadi usahawan Islam yang berketrampilan bersesuaian dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dan dunia secara keseluruhannya.
Asas Bakeri
Kursus asas bakeri ini terbahagi kepada dua (2) silibus iaitu modul teori dan modul praktikal. Bagi modul teori, para pelajar akan didedahkan dengan tiga (3) sub-modul pembelajaran iaitu pengendalian makanan, asas kesedaran halal dan teknik pemasaran. Kedua, bagi modul praktikal, para pelajar akan didedahkan dengan tiga (3) sub-modul pembelajaran iaitu modul kek, modul biskut & pastri dan modul roti. Sesi pembelajaran tiga (3) sub-modul ini berkaitan dengan kajian asas-asas penaik termasuk, doh, roti cepat, pai, kek, biskut, tart dan barangan asas yang dibuat di kedai roti. Sesi pembelajaran juga termasuk istilah penaik, penggunaan alatan dan peralatan, penukaran formula, fungsi bahan dan penggunaan tepung yang betul.