Kursus-kursus yang ditawarkan memfokus pembentukan kemahiran pengucapan awam. Terdapat 6 kursus yang ditawarkan dibawah teras ini.
Pidato Bahasa Melayu
Kursus ini memberi pengetahuan tentang jenis-jenis dan teknik-teknik pidato. Di samping itu pelajar akan menganalisis pidato yang disampaikan oleh peserta pertandingan pidato sama ada peringkat kebangsaan atau antarabangsa, serta belajar untuk berpidato dengan berkesan. Kursus ini merupakan satu nilai tambah yang unik kepada pelajar dan menjadi platform kepada mereka untuk menjadi pemimpin Islam bersesuaian dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dan dunia. Kursus ini dikendalikan melalui perbincangan dan latihan komunikasi yang menerapkan pemikiran kritis dan keyakinan kendiri di dalam setiap pelajar.
Debat Bahasa Melayu
Kursus ini merupakan Subjek Kokurikulum Berkredit (KKB) yang ditawarkan kepada pelajar sebagai pendedahan kepada teknik-teknik penyampaian debat di dalam Bahasa Malaysia daripada aspek teori dan praktikal. Ia turut memfokus kepada pengajaran pemikiran kritis, penstrukturan hujahan dan komunikasi secara lisan. Kursus ini merupakan satu nilai tambah yang unik kerana dapat membangunkan daya keyakinan kendiri pelajar serta menjadi platform kepada mereka untuk menjadi pemimpin Islam yang berketerampilan bersesuaian dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dan dunia secara keseluruhannya.
Public Speaking
Kursus ini memberi pengetahuan tentang jenis-jenis dan teknik-teknik pengucapan awam. Di samping itu pelajar akan menganalisis ucapan-ucapan yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin dan individu-individu terkemuka sama ada di Malaysia atau di dunia, serta belajar untuk berucap dengan berkesan secara spontan. Kursus ini merupakan satu nilai tambah yang unik kepada pelajar dan menjadi platform kepada mereka untuk menjadi pemimpin Islam bersesuaian dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dan dunia. Kursus ini dikendalikan melalui perbincangan dan latihan komunikasi yang menerapkan pemikiran kritis dan keyakinan kendiri di dalam setiap pelajar.
Debat Bahasa Inggeris
Kursus ini merupakan Subjek Kokurikulum Berkredit (KKB) yang ditawarkan kepada pelajar sebagai pendedahan kepada teknik-teknik penyampaian debat di dalam Bahasa Inggeris daripada aspek teori dan praktikal. Ia turut memfokus kepada pengajaran pemikiran kritis, penstrukturan hujahan dan komunikasi secara lisan. Kursus ini merupakan satu nilai tambah yang unik kerana dapat membangunkan daya keyakinan kendiri pelajar serta menjadi platform kepada mereka untuk menjadi pemimpin Islam yang berketrampilan bersesuaian dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dan dunia secara keseluruhannya.
Al Khitabah Al Arabiyyah
Kursus ini merupakan Subjek Kokurikulum Berkredit (KKB) yang ditawarkan kepada pelajar sebagai pendedahan kepada teknik-teknik penyampaian khutbah daripada aspek teori dan praktikal. Ia turut memfokus kepada pengajaran pemikiran kritis, penstrukturan hujahan dan komunikasi secara lisan. Kursus ini merupakan satu nilai tambah yang unik kerana dapat membangunkan daya keyakinan kendiri pelajar serta menjadi platform kepada mereka untuk menjadi pemimpin Islam yang berketerampilan bersesuaian dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dan dunia secara keseluruhannya.
Al Munazarah Al Arabiyyah
Kursus ini merupakan Subjek Kokurikulum Berkredit (KKB) yang ditawarkan kepada pelajar sebagai pendedahan kepada teknik-teknik penyampaian debat di dalam Bahasa Arab daripada aspek teori dan praktikal. Ia turut memfokus kepada pengajaran pemikiran kritis, penstrukturan hujahan dan komunikasi secara lisan. Kursus ini merupakan satu nilai tambah yang unik kerana dapat membangunkan daya keyakinan kendiri pelajar serta menjadi platform kepada mereka untuk menjadi pemimpin Islam yang berketerampilan bersesuaian dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia dan dunia secara keseluruhannya.