Visi, Misi & Objektif PPKIwebmaster2022-06-07T11:13:21+08:00
VISI
Melahirkan Graduan Holistik Menerusi Kemahiran Insaniah (KI)
MISI
Bertekad meneraju usaha ke arah membangunkan Kemahiran Insaniah (KI) dan membantu universiti
melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing.
OBJEKTIF
Memberi peluang kepada siswa dan siswi untuk meneroka pengalaman dalam mengurus, mentadbir, mengelola, melaksana, menyelia dan menilai kegiatan kokurikulum yang dipilih.
Memenuhi hasrat universiti dalam mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi siswazah yang lebih matang.
Menggalakkan pelajar agar sentiasa memiliki sifat-sifat murni seperti berdisiplin, berdedikasi, cergas dan cerdas, berdikari, bermoral, bersyukur, bertanggungjawab bagi membentuk generasi masyarakat yang teguh dan padu dengan pendekatan kemahiran insaniah (soft skill).
Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan masa senggang dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri, organisasi dan masyarakat.