30 November 2019 – telah berlangsungnya Program Sayangi Pelajar Kelainan Upaya anjuran pelajar Kursus Kompang,Pusat  Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program mendapat kerjasama baik dari pihak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Labu terdiri daripada ahli jawatan kuasa serta pelatih PDK tersebut. Program ini dapat dijayakan dengan baik dan mendapat respon yang positif daripada pihak Pemulihan Dalam Komuniti Labu. Terdapat 15 orang ahli jawatan kuasa dan 14 orang pelatih di PDK tersebut. Pelatihnya terdiri daripada pelbagai lapisan umur sebagaimana dalam sesi suai kenal ringkas didapati bahawa 7 orang pelatih merupakan jenis kelainan upaya yang membataskan pergerakan manakala 7 orang lagi merupakan “down syndrome”. Pelatih yang tertua merupakan Suhali, 28, dan terdapat juga pelatih dari Sabah iaitu Kelvin.

Program ini bertujuan untuk menceriakan hari pelatih-pelatih PDK tersebut dengan pelbagai acara diadakan. Program ini berkonsep kebajikan dan pembelajaran disamping menjalinkan hubungan silaturrahim antara pelajar USIM dengan pihak Pemulihan Dalam Komuniti.Program berlangsung di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Labu. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya senamrobik, acara sukaneka, pertandingan mewarna dan majlis penutup beserta penyerahan hadiah dan cendera hati.

Program ini merupakan projek akhir bagi Kursus Kokurikulum Kompang yang dibimbing oleh Encik Azuddin Bin Zainuddin selaku Jurulatih kursus ini. Sebelum majlis penutup dan sesi penyerahan hadiah dan cendera hati, pelajar USIM membuat persembahan kompang kepada pihak PDK. Didapati bahawa pelatih-pelatih PDK tersebut sangat gembira mendengar alunan selawat dan paluan kompang dari pelajar USIM Muhammad Izzharuddin selaku pengarah program ini menyatakan tujuan pelajar USIM mengadakan adalah menyatukan hubungan silaturrahim antara pihak PDK serta untuk mengukir senyuman di bibir pelatih-pelatih yang terdiri daripada pelbagai jenis orang kelainan upaya.

Kami mendapat layanan yang baik dan sambutan yang memberangsangkan oleh pihak PDKserta respon yang positif daripada mereka.Oleh itu, terbuktilah bahawa program Sayangi Pelajar Kelainan Upaya berjaya diadakan dari segi penglibatan pihak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Pihak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Labu memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan berharap program sebegini dapat dilakukan secara istiqamah. Lambaian kasih daripada pihak PDK semasa kami berangkat pulang telah menggamit pelbagai memori dan pengalaman bersama mereka. Berharap dapat bertemu lagi pada masa akan datang