NILAI, 22 JUN – Seramai 29 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melaksanakan projek akhir tahunan bagi Kursus Golf Kumpulan 1, CDS1022. Kursus golf kumpulan 1, CDS1022 telah mendapat perakuan dan kelulusan dari Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) bagi meluluskan program tersebut. Kursus golf kumpulan 1 telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama Program klinik golf yang dijalankan secara atas talian yang telah dimuat naik di laman YouTube PPKI. Program ini telah diselaraskan dan dibimbing oleh Encik Mohd Iqbal Bin Aris dan dilaksanakan oleh mahasiswa dan mahasiawi kursus golf ini dengan jayanya. Program ini dijalankan bagi menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi untuk mengenali sukan golf, di samping memperkenalkan dan meluaskan pengaruh sukan golf ini kepada mahasiswa dan mahasiswi di USIM. Sukan golf adalah gabungan antara Latihan fizikal dan alam semula jadi. Ia juga adalah sukan yang penuh dengan kesihatan dan kebahagiaan. Sukan golf memberi banyak manfaat kepada tubuh badan seperti mengurangkan kolesterol.
Perlaksanaan program ini adalah berlandaskan kepada objektif program seperti yang telah dinyatakan dalam kertas kerja program iaitu bertujuan untuk menyokong kriteria aktif dalam aktiviti kepimpinan di bawah elemen Holistik bagi Model Graduan Integrasi ilmu Naqli dan Aqli (GIINA). Selain itu, membuka minda mahasiswa dan mahasiswi USIM tentang kelebihan dan kepentingan sukan golf di samping menyemai sifat cintakan alam sekitar melalui sukan golf dalam diri mahasiswa dan mahasiswi USIM.
Program klinik golf dilaksanakan bermula pada pukul 4.30 petang sehingga pukul 6.00 petang secara atas talian iaitu melalui Microsoft Team telah mendapat sambutan yang memuaskan seramai 57 mahasiwa dan mahasiswi USIM. Program ini diadakan untuk menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi USIM meningkatkan keupayaan bagi meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko, kreativiti dan inovasi dalam sukan golf.
Program klinik golf dimulakan dengan bacaan doa daripada Muhammad Arif bin Jefri supaya program ini diberkati serta dipermudahkan oleh Allah dan ucapan kata aluan oleh Muhammad Syukri bin Mohd Tahir. Kemudian, program ini dimeriahkan dengan sedikit pengetahuan tentang golf yang dibentangkan seramai 5 orang dari kursus golf tersebut. Pembentangan klinik golf tersebut dilakukan melalui penayangan slaid dan beberapa video bagi memudahkan kefahaman sebahagian mahasiswa dan mahasiswi USIM. Topik yang dibentangkan adalah pengenalan sejarah golf, peralatan golf, cara permainan, jenis pukulan golf, gaya memegang stick golf, postur badan dalam kemahiran ayunan golf grip dan etika dalam sukan golf sama ada di padang, Ketika bermain atau Ketika situasi yang tidak menyenangkan seperti cuaca buruk. Akhir sekali, program ini diimarahkan lagi dengan aktiviti quiz yang terdiri dengan 20 soalan melalui quizizz yang dikendalikan oleh 2 orang dari kursus golf kumpulan 1. Soalan kuiz ini selaras dengan apa yang telah mereka pelajari melalui pembentangan tentang golf tersebut. Aktivti ini bertujuan untuk menguji kefahaman, menghiburkan dan melakar senyuman di wajah mereka Ketika aktiviti tersebut berlangsung. Tambahan, mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat dalam pemenang kerana ada hadiah yang menanti mereka.
Program ini diharapkan dapat memberi manfaat, pendedahan, menarik minat serta mengubah persepsi negatif para penonton terhadap sukan golf. Pihak penganjur juga berharap agar sokongan padu daripada semua pihak mampu meningkatkan lagi semangat untuk melakukan penambahbaikan bagi menarik lebih ramai lagi peserta yang menyertai program seperti ini pada masa akan datang. Pihak daripada Kursus Golf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga mengucapkan jutaan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Mohd Iqbal bin Aris dan pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan serta meyempurnakan Program klinik golf bagi tahun sesi 2020/2021 ini.