28 Februari 2023- Ahli kursus nasyid yang terdiri dari para mahasiswa dan mahasiswi USIM telah menganjurkan Program Bengkel Kesenian Nasyid bertempat di Sekolah Menengah Agama Nilai. Program ini melibatkan para pelajar dari sekolah tersebut dan ia turut mendicant sambutan hangat dan positif dari sejumlah pelajar dan guru. Program
Tujuan program ini diadakan adalah bagi mencungkil bakat peserta dalam bidang nyanyian serta membina jati diri peserta untuk tampil di khalayak ramai. Di samping itu, program ini juga secara tidak langsung dapat mendorong semangat berpasukan dan tanggungjawab antara peserta, serta membantu peserta aktif dalam bidang yang diminati.
Program ini merupakan projek akhir bagi kursus nasyid yang telah dibimbing oleh Encik Huzaimi bin Zaidi selaku guru sekaligus jurulatih kursus ini. Bermacam jenis aktiviti yang tersedia kepada peserta seperti explorace, praktis vokal dan pertandingan nasyid. Beberapa lokasi di sekolah juga telah diguna pakai oleh ahli kursus nasyid bagi menjalankan aktiviti tersebut seperti dewan, kantin, surau dan padang supaya para peserta lebih merasakan keseronokan dan aura positif semasa menghadiri program ini.
Perjalanan program secara keseluruhan berjalan dengan lancar walaupun ada masalah pada pembahagian waktu bagi setiap program iaitu sedikit lari dengan jadual yang telah dirancang.
Dikatakan program Bengkel Kesenian Nasyid ini seolah-olah bengkel kekeluargaan atas dasar kasih sayang antara ahli kursus nasyid USIM dan para peserta nasyid sangat akrab seperti satu keluarga yang besar, ada juga dari kalangan peserta mengatakan program ini sepatutnya dilakukan selama 3 hari 2 malam disebabkan keseronokan yang menghapuskan kejanggalan antara satu sama lain itu. Selain itu, para peserta melakukan persembahan dengan penuh keyakinan dan keberanian atas dasar sokongan ahli kursus nasyid dan rakan-rakan mereka. Mereka seolah-olah mendapat satu kelompok keluarga baharu di dalam program tersebut walaupun hanya dalam tempoh masa sehari. Ahli kursus nasyid juga sangat terhibur dengan gelagat para peserta yabg mencuit hati sepanjang program di jalankan, terutama semasa aktiviti explorace dan juga pertandingan nasyid.
Oleh itu, zahirlah bahawa program ini sangat memberi impak yang mendalam kepada para peserta yang menyertai program ini untuk lebih berkeyakinan dalam menampilkan diri di dalam apa jua bidang yang diminati, terutamanya bidang yang melibatkan pentas persembahan. Pihak sekolah Menengah Agama Nilai juga ini juga telah memberikan respon yang positif dan sangat mengalukan-alukan kedatangan ahli kursus nasyid USIM bagi menjayakan program tersebut.
Sesi pergambaran dan seterusnya lambaian kasih daripada pelajar serta guru Sekolah Menengah Agama Nilai membuatkan hati para ahli kursus nasyid tersentuh dan kami berharap agar program yang baik seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa yang akan datang.