14 Januari 2023 – telah berlangsungnya program ‘Debate with Style’ yang dianjurkan oleh Kursus Debat Bahasa Inggeris, USIM dengan sokongan dan galakkan dari guru penasihat kursus, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) dan juga dari pihak-pihak luar yang terlibat yang telah menjayakan program ini dengan sebaik-baiknya serta berjalan dengan lancar.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada kaedah komunikasi yang efektif serta teknik debat yang betul. Ia juga akan memberi galakkan kepada peserta untuk menyuarakan pendapat serta pandangan tentang sesuatu isu dengan lebih terbuka. Objektif kami menjemput pelajar sekolah menengah rendah, atas dan pelajar USIM dek kerana mereka adalah pelapis dan harapan untuk menyertai dan melibatkan diri dalam pertandingan pendebatan sama ada di peringkat sekolah mahupun diluar. Bukan itu sahaja, malah mereka dapat mengaplikasikan dalam realiti yang mereka bakal hadapi.
Program ini berlangsung di Dewan Kuliah Fakulti (DKF) 1.1 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia dan di sekitar kawasan fakulti untuk melakukan aktiviti dalam kumpulan bersama para peserta dari menengah rendah, atas serta pelajar USIM. Terdapat aktiviti menarik yang telah dilakukan seperti majlis perasmian, sedikit perkongsian tentang debat oleh guru penasihat kursus kami sendiri, Sir Maal, explorace yang bertemakan ‘Teamwork is the Key’ dan juga majlis penutup. Program ini merupakan projek akhir yang melibatkan semua ahli kursus dimana kami bersama-sama menjayakan program tersebut.
Atur cara program berjalan dengan lancar walaupun mungkin ada sedikit kekurangan dari pihak pengurusan kami sendiri, dewan yang agak tidak menyenangkan dan peserta yang hadir tidak mencapai sasaran atas faktor peperiksaan akhir tahun sedang berjalan dan persediaan bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada ketika itu dan memberi kesan kepada kami kerana sebahagian sekolah tidak dapat menghantar peserta seperti yang kami kehendakinya. Namun begitu, ia tidak mempengaruhi dan menganggu tentatif yang dilaksanakan sepanjang program kerana semuanya berjalan dengan baik.
Farid Syamil selaku pengarah program menyatakan tujuan pelajar USIM mengadakan program seperti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah berdebat disamping dapat mengeratkan hubungan antara ahli kursus dan peserta. Sir Maal selaku guru penasihat kursus Debat Bahasa Inggeris juga telah mengatakan bahawa jumlah peserta tidak penting, yang penting adalah kesan dan kualiti yang diberikan kepada mereka sepanjang program berlangsung.
Oleh itu, terserlahlah bahawa program ‘Debate with Style’ berjaya diadakan atas penglibatan dan kerjasama pelajar-pelajar sekolah dan universiti serta guru pengiring. Guru pengiring mereka telah memberikan respon yang positif, memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana telah menjemput sekolah mereka untuk menyertai program tersebut. Malah mereka juga sangat berbesar hati untuk menerima jemputan program yang seterunya.
Sesi fotografi dan lambaian selamat tinggal dari para peserta semasa majlis penutup program telah membuktikan kami berjaya menganjurkan program yang memberi impak positif buat para peserta dan telah menimbulkan rasa sayu buat kami kerana telah sampai ke penghujungnya. Berharap agar dapat memberikan manfaat buat mereka yang menyertai dan bertemu lagi pada masa akan datang.