Kejohanan Mini Memanah Bawah 12 Tahun  berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 18 Jun 2022 di Lapang Sasar Memanah Padang A di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Kejohonan ini terbuka kepada pemanah bawah 12 tahun dari seluruh negeri.

Penyertaan kejohanan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Seramai 25 orang peserta yang telah menyertai kejohanan ini dan mereka kebanyakannya dari negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.

Acara dipertandingkan bermula sekitar jam lapan pagi . Keadaan hujan lebat pada tujuh pagi menjejaskan sedikit rentak setiap pemanah namun dengan sokongan yang diberi oleh para penjaga mereka tidak mematahkan semangat pemanah cilik ini.

Berikut disertakan keputusan rasmi Kejohanan Mini  :

LELAKI BAWAH 12 TAHUN

JOHAN : Muhammad Faheem Danial Bin Norazlan (SK Seri Telok,Batu Pahat)

NAIB JOHAN : Muhammad Fathul Bari bin Fazilan (SK Belimbing Dalam Melaka)

KETIGA : Muhammad Atif Bin Arman (Sek Rendah I-Musleh,Melaka)

PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN

JOHAN : Dayana Batrisya Binti Ahmad Khomeini (SK Seremban 2A)

NAIB JOHAN: Sofea Zulaikha Binti Samsulnazri(SK Dato’ Ahmad Manaf)

KETIGA: Aina Nur Humaira Binti Shahrizman (SK Dato’ Ahmad Manaf)

Pertandingan ini tamat pada jam 12.30 petang setelah meyampaikan medal kepada pemenang di majlis penutup Kejohanan Mini Memanah.