30 Jun 2021, Rabu – telah diadakan sebuah program yang dianjur oleh ahli kursus nasyid kumpulan 1 seramai 38 orang pelajar. Program ini diberi nama sebagai ‘Kempen Kesedaran Kita Serupa’. Objektif program ini ialah untuk memberi pendidikan dan pengetahuan kepada warga USIM tentang aspek-aspek nilai murni yang terkandung di setiap bait-bait nasyid dan mencungkil bakat terpendam pelajar yang meminati seni nasyid ini.