KENALI KOR SISWA BOMBA USIM

Kursus Siswa Bomba Bantuan (SBB) ditubuhkan pada September 2016 atas permohonan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan. Pelaksanaan sesi pengajaran diamanahkan kepada jurulatih yang dilantik dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai atas arahan YS Pengarah Negeri.

Kursus ini dirangka bertujuan memberi ilmu pengetahuan dan pendedahan asas kebombaan dan penyelamatan kepada siswa berteraskan elemen Kemahiran Insaniah yang ditetapkan oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI).

LAMAN RASMI SISWA BANTUAN BOMBA USIM

SIAPAKAH YANG LAYAK MEYERTAI KOR SISWA BOMBA?

DOKUMEN

Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:

 

AKTIVITI & LATIHAN KOR SISWA BOMBA

SESI PEMBELAJARAN

  • Siswa Bomba Bantuan (SBB) merupakan subjek 1 jam kredit yang dijalankan selama 3 Semester iaitu 120 jam tempoh pembelajaran :
    Semester 1 : 40 jam
    Semester 2 : 40 jam
    Semester 3 : 40 jam
  • Sesi pembelajaran bagi kursus Siswa Bomba Bantuan (USIM) dijalankan secara teori dan praktikal.
  • Bagi sesi pembelajaran secara teori, sesi tersebut dijalankan pada setiap hari Rabu manakala bagi sesi pembelajaran secara praktikal dijalankan pada setiap hari Sabtu.
  • Sesi pembelajaran teori diadakan di bilIk kuliah USIM dan pembelajaran praktikal diadakan di padang kawad Balai Bomba dan Penyelamat Nilai.

PENTAULIAHAN KOR SISWA BOMBA