Program Mini Kejohanan Memanah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) telah berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 28 Januari 2023 di Lapang Sasar Memanah Pintu Kedua Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Kejohanan ini terbuka kepada mahasiswa mahasiswi dan kakitangan USIM.

Penyertaan kejohanan ini mendapat sambutan yang memuaskan. Terdapat seramai 16 orang peserta yakni mahasiswa mahasiswi dan kakitangan USIM yang telah menyertai kejohanan ini.

Acara dipertandingkan bermula sekitar jam 9 pagi. Keadaan hujan lebat  sedikit menjejaskan rentak setiap pemanah namun dengan sokongan yang diberi oleh para hadirin tidak mematahkan semangat peserta ini.

 

Berikut disertakan keputusan rasmi Kejohanan Mini:

LELAKI

JOHAN: PROF. MADYA DR. MOHD ROSMIZI BIN ABD RAHMAN (Kakitangan USIM)

NAIB JOHAN: LUKMAN NUL HAKIM KHAIRUDIN (Kakitangan USIM)

KETIGA: SUHERMAN ITHNIN (Kakitangan USIM)

KEEMPAT: MUHAMMAD AMMAN BIN YUNUS (Mahasiswa)

KELIMA: MUHAMMAD REDZUAN BIN ABU SAMAH (Mahasiswa)

PEREMPUAN

JOHAN: AWATIF AFRINA BINTI MOHD ASRUL (Mahasiswi)

NAIB JOHAN: SITI KHADIJAH BINTI ABD RAZAK (Mahasiswi)

KETIGA: SITI HAJAR BT MAT AMIN (Mahasiswi)

KEEMPAT: NURJAMALIAH BT ISMAIL (Mahasiswi)

KELIMA: RABI’ATUL’ ADAWIYAH BT MAZELAN (Mahasiswi)

Upacara penyampaian hadiah dan cenderamata telah diadakan seusai tamat pertandingan pada jam 12 tengahari yang telah disempurnakan oleh jurulatih memanah, Puan NoorFarahliza Soon Mustafa.