NILAI, 15 Disember 2019 – “Program Bicara Hati Menuju Rabbi” telah berjaya diadakan di Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah, Kuang, Selangor anjuran Kelab Hafiz Mujtama’i III dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah, USIM sesi 2019/2020.

Seramai 17 orang pelajar bersama seorang tenaga pengajar Dr. Zainora Daud berganding bahu menyantuni golongan wanita di Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah. Antara objektif program ini ialah untuk memupuk rasa keprihatinan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara Mahasiswa USIM dengan masyarakat luar khususnya masyarakat di tempat yang terpilih serta memberi pendedahan tentang tafsiran surah-surah dari Juz 30 dari aspek ketuhanan, kerohanian dan sahsiah diri.

Program ini disemarakkan dengan pelbagai aktiviti outdoor dan indoor kepada para peserta, antaranya aktiviti “ice-breaking”, slot tadabbur surah-surah pilihan, “sharing moment” dan “indoor game” seperti “Dadu Challenge dan “Teka Peribahasa”. Penyampaian sumbangan dan cenderahati sebagai tanda tautan ukhwah menjadi penutup tirai program. Segala rakaman ucapan tahniah serta sekalung penghargaan dirakamkan oleh pihak RS supaya ukhwah terus berkekalan. Semoga program ini mampu memberi kesedaran yang tinggi kepada mahasiswa dan mahasiswi USIM tentang hak dan tanggungjawab mereka terhadap golongan rentan yang sangat memerlukan bimbingan dan tarbiyah serta mampu melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi