NILAI, 13 November 2019 – Program Bumi Terjaga Nyawa Terpelihara telah berjaya dilaksanakan di Maahad Tahfiz Darul Ulum di bawah anjuran Kursus Kokurikulum Badminton Kumpulan 3P, PPKI USIM. Seramai 23 orang fasilitator dan seorang Jurulatih iaitu Encik Nor Kamal Bin Ahmad telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program yang bertemakan lestari alam ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara mahasiswi-mahasiswi USIM bersama masyarakat luar serta menyemai sikap prihatin terhadap kebersihan sekeliling terutamanya di kawasan tempat tinggal. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi perkenalan (‘ice breaking’), gotong-royong dan ‘explorace’. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak Maahad Tahfiz Darul Ulum yang dihadiri oleh Mudirah Maahad Tahfiz Darul Ulum, Ustazah Nur Husna Binti Mohd Yasin beserta 23 orang peserta di kalangan perempuan sahaja kesemuanya.