Skip to content
FacebookInstagramTwitterYouTube
  • ms
  • en
PPKI USIM Logo

  • LAMAN UTAMA
  • INFO UMUM
    • Latar BelakangKenali PPKI
    • Visi, Misi, Moto & Objektif PPKI
    • Carta Organisasi
    • Fungsi PPKI
    • Kata Aluan Pengarah
    • Direktori Staf
    • Mantan Pengarah PPKI
  • TERAS
    • Teras 1
      • Teras Pengucapan Awam
      • Teras Daya Usaha dan Inovasi
      • Teras Kebudayaan
      • Teras Khidmat Komuniti
    • Teras 2
      • Teras Sukan
      • Teras Kepimpinan
    • Teras 3
      • Teras Kesukarelawanan
        • Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
        • Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi
        • Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA)
        • Pegawai Bomba Bantuan Kor Siswa
        • Bulan Sabit Merah (BSM)
        • Sains Kesukarelawan
      • Teras Keusahawanan
  • JURULATIH
    • Jurulatih Teras 1
    • Jurulatih Teras 2
    • Jurulatih Teras 3
  • PELAJAR
    • Badan Pelajar
      • Urusetia Kokurikulum Pelajar
      • Kelab UNESCO
  • PENERBITAN
  • MUAT TURUN
  • SOALAN LAZIM

Teras Kesukarelawanan

Home/Teras Kesukarelawanan
Teras Kesukarelawananwebmaster2026-02-20T11:57:24+08:00

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)

Wajib mengikuti 6 semester pengajian. Tamat latihan akan ditauliahkan sebagai leftenan muda (PALAPES).

Klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai PALAPES USIM

KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (KOR SUKSIS)

Kursus ini mengambil masa selama enam (6) semester dengan tempoh latihan minimum sebulan adalah sebanyak 16 jam dan maksimum 48 jam.  Kursus ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu latihan akademik dan latihan luar. Latihan akademik meliputi undang-undang, bina diri dan kenegaraan manakala latihan luar terdiri daripada kawad, senjata, pertolongan cemas, khidmat masyarakat, rentas halangan, lawatan dan ujian/penilaian. Modul kursus adalah berpandukan kepada modul yang telah ditetapkan oleh Polis DiRaja Malaysia. Wajib mengikuti 6 semester pengajian. Tamat latihan akan ditauliahkan sebagai inspektor (SUKSIS).

Klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai KOR SUKSIS USIM

KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA)

Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada organisasi pertahanan awam, fungsi dan tugasnya semasa aman dan ketika kecemasan. Pelajar akan didedahkan kepada asas-asas pertolongan cemas, kaedah-kaedah menangani kebakaran, penggunaan tali dan tangga bagi tujuan menyelamat dan kawad kaki. Modul kursus adalah berpandukan kepada modul yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Wajib mengikuti 4 semester pengajian. Tamat latihan akan ditauliahkan sebagai leftenan muda (PERTAHANAN AWAM).

Klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai KOR SISPA USIM

PEGAWAI BOMBA BANTUAN KOR SISWA

Kursus ini mengambil masa selama tiga (3) semester dan wajib mengikuti 3 semester pengajian.

Klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai KOR SISWA BOMBA USIM

PANDU PUTERI KLOVER

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas serta memupuk minat pelajar dalam bidang kesukarelawanan. Antara aspek yang akan dibincangkan ialah pendedahan awal tentang prinsip asas Pandu Puteri Klover dengan menggunakan kaedah pembelajaran berteraskan pengalaman yang membantu pelajar mencapai objektif yang lebih efektif. Para pelajar akan dinilai melalui tugasan berdasarkan topik-topik yang terdapat di dalam rangka kursus ini di mana ianya mengambil kira aktiviti yang meningkatkan kemahiran peribadi serta aktiviti lasak yang mencabar kemampuan pelajar. Pada akhir kursus pelajar dapat mengaplikasikan aspek pengetahuan dan kemahiran asas berteraskan kerja berkumpulan dalam kerjaya yang diceburi.

BULAN SABIT MERAH (BSM)

Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar asas-asas pertolongan cemas dan kemahiran yang berkaitan dengannya termasuklah menangani kebakaran, penggunaan tali dan tangga bagi tujuan menyelamat dan kawad kaki.  Modul pembelajaran bagi kursus ini adalah berpandukan kepada modul yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Ia merangkumi pertolongan cemas asas, bantuan kecemasan dan ops menyelamat serta pendidikan kesihatan.Wajib mengikuti 3 semester pengajian. Tamat latihan akan mendapat sijil Jurulatih BSM.

Klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai BSMM USIM

Hubungi PPKI

  • Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
    Universiti Sains Islam Malaysia
    Bandar Baru Nilai, 71800, Negeri Sembilan

  • +606-7988174/ +606-7988241
  • pengarah.ppki@usim.edu.my
  • Tarikh Kemaskini: 8 Januari 2026

Pautan Sistem

  • Laman Web Rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
  • Laman Web Rasmi Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM
  • Yayasan Sukarelawan Siswa

Ikuti Laman Sosial Kami

Hak Cipta © 2026 USIM | Hak Cipta Terpelihara.
FacebookInstagramTwitterYouTube