Universiti Sains Islam Malaysia merupakan antara 20 IPTA dan 4 IPTS yang terlibat dalam menjayakan program Eco Guardian Initiative Programme (eGIP) 2026 serta menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori Most Trees Assessed in a Forest Health Monitoring Programme.
Program anjuran Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia ini memberi fokus kepada pemantauan kesihatan hutan melalui penilaian ekosistem secara menyeluruh. Sepanjang program berlangsung, sebanyak 1,019 pokok berjaya dipantau dan dinilai.
Pulau Banding yang terletak berhampiran Royal Belum State Park dilihat sebagai simbol kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar, selain menjadi lokasi yang sesuai dalam membudayakan gaya hidup hijau dalam kalangan mahasiswa serta masyarakat.