Nilai – Selari dengan objektif penganjuran projek akhir dengan mendekatkan diri mahasiswa kepada masyarakat dengan melaksanakan aktiviti kesukarelawanan dan pertukaran ilmu, Kursus Fotografi  CIB1042 dengan Kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah telah menganjurkan sebuah program We Spread,We Love,We Capture the Memories yang telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Januari 2023 bertempat di Madrasah Pelarian Rohingya.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan mengembangkan lagi kemahiran mahasiswa dalam asas Kemahiran fotografi sekaligus dapat menyebarkan ilmu dan melatih para pelajar untuk bekerjasama dalam kumpulan, membentuk ciri kepimpinan dalam diri pelajar dan sikap tolong-menolong antara satu sama lain terutamanya dalam perbincangan dalam mengurus projek agar pelaksanaan program ini berjalan lancar.sejajar dengan hasrat kursus tersebut untuk melahirkan lebih ramai generasi ilmu yang mahir dan berpengetahuan tentang ilmu fotografi.

Bengkel telah dilaksanakan oleh 35 orang mahasiswa yang terlibat dengan kursus fotografi CIB1042 bagi memenuhi keperluan subjek kokurikulum yang telah ditetapkan oleh USIM. Setiap mahasiswa diberi tugasan untuk berkongsi cara dan teknik pukulan asas permainan kompang yang betul  setelah dipelajari di dalam kursus sepanjang semester.

Peserta dari Madrasah Pelarian Rohingya, saudara Ahmad Adam, wujudnya program We Spread,We Love,We Capture the Memories ini dapat menarik minat generasi muda untuk mendalami ilmu fotografi yang tidak pernah mereka pelajari sebelum ini.

Seramai 25 orang pelajari dari Madrasah Pelarian Rohingya yang terdiri dari kalangan kanak- kanak yang berumur 6-12 tahun telah menyertai Program We Spread,We Love,We Capture the Memories. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada peserta yang terlibat.