NILAI, 11 Januari 2025 – Kelab Hafiz Mujtama’i III(CTD2031), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM telah berjaya melaksanakan program “Quranic Corner” yang bertempat di Kompleks Islam Tuanku Mukhriz. Seramai 15 orang pelajar bersama seorang jurulatih iaitu Dr. Zainora binti Daud berganding bahu bagi menjayakan program ini. Program ini dilaksanakan secara bersemuka dengan berpandukan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan untuk melancarkan lagi perjalanan program.

 

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli hafiz Mujtami’ III untuk menganjurkan program bersama anak-anak Sekolah Rendah Islam Putra Nilai. Selain itu, program ini juga dapat memberi pengalaman yang baru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi kerana dapat melakukan aktiviti yang baharu dan tidak lari daripada Al-Quran. Malahan program ini juga para peserta dapat melakukan semua aktiviti yang dijalankan dalam berkumpulan dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan mereka. Penyertaan program ini terdiri daripada Sekolah Rendah Islam Putra Nilai sahaja. Program ini dimulakan dengan para peserta berkumpul di Kompleks Islam Tuanku Mukhriz, mendengar sesi taklimat daripada ahli jawatankuasa Hafiz Mujtamai’ III dan aktiviti program dijalankan sehingga akhir program.

 

Akhirnya, bagi menutup tirai program, barisan AJK Kelab Hafiz Mujtama’i III bersama Dr Zainora binti Daud meneruskan acara terakhir iaitu sesi penyampaian hadiah kepada semua peserta. Seterusnya, cenderahati juga telah diberikan kepada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan kerana dapat bersama menjayakan program ini sehingga selesai. Sesi fotografi turut dipotretkan bersama jurulatih, AJK Kelab Hafiz Mujtama’ III dan semua peserta sebagai tanda kenangan. Semoga program ini mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi di samping dapat memupuk rasa kasih sayang dengan Al-Quran.