USIM Nilai,11 Januari 2025- Festival Kokurikulum PPKI 2024 atau singkatannya FESKOM PPKI 2024 telah berjaya dilaksanakan dengan meriahnya di Kafeteria Kolej Kediaman 1 (KK1), USIM.Program dwitahunan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah USIM kali ini telah dilaksanakan oleh para pelajar dari 5 komponen kursus di bawah subjek kokurikulum PPKI USIM dengan tema INSANIAH ASPIRASI GRADUAN HOLISTIK. Mendapat kerjasama yang baik daripada PPKI juga para pelajar yang terlibat. 5 kursus yang bergabung terlibat melaksanakan FESKOM PPKI 2024 ini adalah Kursus Nasyid , Kursus Teater, Kursus Fotografi, Kursus Integrasi Komuniti dan Kursus Kompang.

Pelaksanaan FESKOM PPKI 2024 ini juga merupakan penilaian untuk projek akhir pelajar gabungan 5 kursus yang terlibat. Tujuan pelaksanaan program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam menguruskan acara juga mempraktikkan nilai kemahiran insaniah dalam diri mereka. Di samping mencungkil bakat peserta dalam bidang nyanyian , teater, pengacara majlis serta membina jati diri pelajar untuk tampil di khalayak ramai. Di samping itu, FESKOM PPKI ini juga secara tidak langsung dapat mendorong dan membentuk keyakinan berkomunikasi,semangat berpasukan dan tanggungjawab  serta membantu peserta aktif dalam bidang yang diminati.Untuk Kursus Nasyid di bawah bimbingan Encik Huzaimi bin Zaini selaku jurulatih kursus telah mendedahkan pelajar kepada kemahiran dan keperluan dalam persembahan Nasyid juga tugas-tugas belakang tabir dalam melaksanakan sesebuah acara dari sudut idea, konsep, produksi dan teknikal.jenis

Perjalanan program secara keseluruhan berjalan dengan lancar, terima kasih diucapkan kepada pihak PPKI USIM di atas bantuan juga sokongan yang diberikan. Persembahan nasyid dari pelajar kursus nasyid lelaki dan perempuan dengan rangkaian lagu KAU ILHAMKU dan KELUARGA BAHAGIA. Manakala pelajar kursus teater telah mempersembahkan teater yang bertajuk GELOMBANG MASA dan persembahan KOMPANG FORMASI daripada pelajar kursus Kompang. Manakala pelajar Kursus Fotografi telah menganjurkan Photography Contest 2025 yang menawarkan 20 hadiah eksklusif bagi pemenang saguhati dan 3 Smartwatch Premium untuk pemenang utama.

FESKOM PPKI 2024 telah dirasmikan majlis penutupannya oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) USIM , Yang Berbahagia Profesor Dato’ Adnan Mohamed Yusoff. Turut hadir dan memberi ucapan aluan sempena FESKOM PPKI 2024 ialah Dr. Mohd Anuar Mamat, Penyelaras Kualiti Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM yang mewakili Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM. Turut hadir para  tenaga pengajar , staf PPKI dan pelajar pelajar yang mengambil kursus di PPKI USIM. Majlis juga diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pelajar yang memenangi pertandingan fotografi yang dianjurkan oleh kursus fotografi.

Oleh itu, zahirlah bahawa program ini sangat memberi impak yang mendalam kepada para pelajar yang terlibat dalam melaksanakan program ini untuk lebih berkeyakinan dalam menampilkan diri di dalam apa jua bidang yang diminati, terutamanya bidang yang melibatkan pentas persembahan dan kemahiran. Moga FESKOM ini akan diteruskan lagi di masa hadapan dengan pengisian  lebih baik dan mencapai objektif pembentukan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah dalam melaksanakan tugasan di lapangan