NILAI: Sekumpulan pelajar dari kursus CSD1012 Catur dari Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Kelab Catur Universiti Sains Islam Malaysia telah berjaya menganjurkan kejohanan catur terbuka yang berlangsung pada 19 Jun yang lepas secara online (https://lichess.org/team/usim-fun-chess-2022) di platform lichess.com. Program julung kali itu berjaya menarik kehadiran seramai 200 orang peserta daripada orang awam dan mahasiswa daripada Universiti Sains Islam Malaysia telah menyertai pertandingan ini.

Seramai 37 orang ahli jawatankuasa telah terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Para peserta mendaftar username di Lichess pada jam 8 pagi. Pertandingan ini berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 8 pagi sehingga 11 pagi.

Keputusan perlawanan diumumkan pada jam 9 pagi pada keesokan hari iaitu pada 20 Jun kerana terdapat masalah teknikal. Kategori pemenang terbahagi kepada dua bahagian iaitu kategori lelaki dan perempuan. Kedua-dua kategori mempunyai tempat pertama sehingga tempat yang kelima. Bagi pemenang kategori lelaki, Amir Ghaazi Bin Mohd Saprin (TOTB2001) menyandang tempat pertama, Akmal Firdaus Bin Sukri (akmxlfirdaus19999) ditempat kedua, Tan Jun Hang (Master_TJH) ditempat ketiga, Umair Ubaidah Bin Amiluddin (Myth-X0) di tempat yang keempat dan akhir sekali Kow Wey Jet (blundermaster6900) mendapat tempat yang kelima. Manakala bagi kategori perempuan pula, Aida Suriana Binti Abdul Razak (YTC112013) memenangi tempat pertama, kemudian Wong Ling Jie (Training4u) mendapat tempat kedua, Ayu Nurina Nadia Binti Abd Hamid (nana_02) tempat ketiga, Gan Xiao Wei (Easy0406) menduduki tempat keempat dan Nur Aisyah Binti Kahirul Bashah (Elysha) menduduki tempat kelima. Kelima-lima pemenang di dalam kedua-dua kategori membawa pulang sejumlah wang tunai bernilai RM65, RM 50, RM40, RM30, dan RM 25 dan sijil penyertaan. Manakala peserta yang tidak memenangi tempat akan mendapat sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan kerana menyertai perlawanan ini.

Program ini berjaya mengasah bakat peserta dalam kalangan orang awam dan warga USIM serta komuniti catur. Para peserta didedahkan dengan pelbagai kaedah bermain dalam permainan catur yang mana sepatutnya melalui konsep penguasaan repetoire. Pertandingan kejohanan catur ini berlangsung secara online di dalam aplikasi lichess. Selain daripada pertandingan catur, setiap ahli kumpulan kecil yang telah di bahagi di dalam kalangan urusetia diarahkan untuk membuat video yang berdurasi 7 hingga 10 minit berkenaan jenis-jenis strategi yang digunakan dalam bermain catur. Ini adalah salah satu kaedah bagi menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan peserta dan urusetia. Video yang disediakan adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman kepada para peserta berkenaan teori-teori catur yang boleh diterapkan dalam perlawanan. Video diupload ke dalam Youtube dan diedarkan ke dalam group whatsapp seminggu sebelum pertandingan dijalankan untuk tontonan umum terutamanya peserta dan pihak yang terlibat. Program video ini di namakan sebagai “Easy Tricks to Conquer Chess”. Antara tajuk videonya adalah Simple Chess Opening Systems for beginner,Trick to Conquer Chess: Double Attack using Sicilian Defense Variation dan 5 Chess Trap Opening For Beginners.

 

  1. Simple Chess Opening Systems for beginner

 https://youtu.be/7LDW-hLzxUk

 

  1. Trick to Conquer Chess: Double Attack using Sicilian Defense Variation

https://youtu.be/WTuJ4bTS_D0

 

  1. 5 Chess Trap Opening For Beginners

https://youtu.be/T0f0vgkxJ4o